View: 8488|Reply: 69
|
[Tempatan]
Bekas pemain bola negara tidur di kaki lima tunggu rawatan jantung
[Copy link]
|
|
Bekas pemain bola negara tidur di kaki lima tunggu rawatan jantung
3 Dis 2018, 5:41 petang (Dikemaskini 3 Dis 2018, 5:41 petang)
Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90an terpaksa hidup sebagai gelandangan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur sementara menunggu tarikh pembedahan memasukkan perentak jantung tahun ini.
Mingguan Malaysia melaporkan, beliau yang berusia lewat 40-an akan terpaksa tidur di kaki lima setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
"Simpanan semakin berkurangan, sebab itu lebih lapan bulan saya menjalani hidup sebegini setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), saya tidak mampu untuk menyewa hotel maka terpaksa tidur di kaki lima ini.
"Saya bukanlah penghuni tetap di kaki lima memandangkan saya cuma berehat dan tidur dalam tempoh tertentu sahaja (beberapa minggu dalam sebulan).
"Sejurus selesai sesi rawatan, saya akan pulang ke kampung, apapun inilah nasib saya sekarang," katanya dipetik sebagai berkata.
Bekas pemain posisi pertahanan yang pernah mewakili beberapa pasukan negeri itu berkata kesukaran hidupnya bermula apabila disahkan menghidap penyakit jantung sekitar 2009.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu kemudian dimaklumkan penyakitnya bertambah kronik sejak tiga tahun lalu.
Lebih malang, beliau yang pernah bekerja sebagai buruh selama setahun tidak mampu meneruskan pekerjaan itu disebabkan penyakitnya.
Menurutnya, meskipun menjadi gelandangan sementara, dia masih mampu menguruskan diri dengan baik dengan memanfaatkan kemudahan awam seperti surau dan masjid untuk membersihkan diri dan bersolat.
Lebih hiba, ketika ditanya soal keluarga, lelaki itu mengakui sudah bercerai dan memiliki tiga anak yang sedang belajar, termasuk seorang daripadanya sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
Mengakui sudah bercerai dan mempunyai tiga anak yang sedang belajar termasuk seorang daripadanya sedang menuntut di universiti, lelaki itu menjelaskan dia tinggal di rumah kakaknya sekiranya berada di kampung.
"Ketiga-tiga anak saya tidak tahu saya hidup begini, saya tidak mahu mereka tahu kesusahan saya, takut mereka susah hati pula, jelasnya sebak," katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2018 12:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2018 12:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Isnin, 3 Disember 2018 | 8:27pm
Bekas pemain mahu bantu Salahuddin
Oleh Firdaus Hashim
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kesempitan hidup dialami bekas pemain kebangsaan era 90-an, Salahuddin Che Rose segera mendapat perhatian bekas-bekas pemain Harimau Malaya bagi membantu meringankan beban tonggak pertahanan itu.
Salahuddin, 50, difahamkan kini hidup bergelandangan sekitar ibu kota selepas tidak berkerja ekoran menghidap penyakit jantung sejak 2009 menyebabkan dia tidak boleh melakukan pekerjaan berat.
Menurut wakil bekas pemain kebangsaan, Malek Rahman, dia dan rakan-rakan yang lain terkejut dan berasa simpati selepas mengetahui nasib malang menimpa Salahuddin.
"Selepas laporan media mengenai Salahuddin, kami beramai-ramai khususnya daripada skuad Projek Barcelona 1992 mahu membantu memulihkan kehidupan rakan kami itu.
"Buat pengetahuan, sudah ada sebuah syarikat swasta mahu membantu dan menyalurkan bantuan kepadanya.
"Cuma masalahnya kami tak tahu dia sekarang berada di mana. Kalau boleh saya nak jumpa dan serahkan sendiri kepadanya bantuan itu," katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.
Bermain di posisi pertahanan, Salahuddin adalah antara anggota skuad Barcelona Babes yang dibentuk khas oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 1990 dengan sasaran layak ke Sukan Olimpik 1992.
Kegagalan projek itu menyaksikan skuad berkenaan dibubarkan dan semua pemain pulang mewakili pasukan negeri masing-masing namun Salahuddin disambar Pahang.
Selepas dua tahun bersama Pahang serta menikmati kejuaraan Piala Malaysia pada 1992, dia kembali ke pangkuan Pulau Pinang pada 1994 dengan tawaran gaji RM12,000 sebulan, satu jumlah yang dianggap besar ketika itu.
Namun tsunami rasuah melanda bola sepak negara ketika itu menyaksikan Salahuddin turut ‘sangkut’ dan digantung seumur hidup oleh FAM, sesuatu yang sangat dikesali olehnya sehingga sekarang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar nama, tp koi x keney |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2018 12:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Rasuah membawa padah!
Salute pada kawan-kawan ahli sokan yang tebal semangat setiakawan nya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2018 12:41 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ada pic dia tido gelandangan tu.
Sat cari balik.
I dah tgh mlm baru teringat. Padahal siang tadi dah baca |
|
|
|
|
|
|
|
Sadisnya.. punca rasuah jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
...kembali ke pangkuan Pulau Pinang pada 1994 dengan tawaran gaji RM12,000 sebulan, satu jumlah yang dianggap besar ketika itu.
Even skrg pun aku rase jumlah yang besar. Nampak no miskin aku neh |
|
|
|
|
|
|
|
Bru je trpikir org main bola kan byk duit.xlan xde simpanan.rupanye kene buang sbb rasuah.so x cukup la tu simpanan dia smpai mermpat.
Xpelah pakcik.anggap balasan dosa yg lepas.tu kwn2 pon nk bantu.harap lebih sihat lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit jantung kronik tu nak kena buat apa?
Bypass? Stern? Valve?
Kalau kronik mesti doktor dah set tarikh nak operate.
Geram betul aku bila tulis sakit jantung je.. macam pian cecupak. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu.. ijn tolong orang susah. Kos rawatan ikut pendapatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sportsman pun kena sakit jantung? Kat situ aje kita dah tau ini semua salah individu tu sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 4-12-2018 03:15 AM
Sportsman pun kena sakit jantung? Kat situ aje kita dah tau ini semua salah individu tu sendiri
penyakit x kenal siapa bang. dr pun ada yg obesiti dan ada penyakit darah tinggi, kencing manis. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
silap masa lampau dia yg dia pun dah menyesali kot. tapi kena check jugak betul2 tu betul ke sakit jantung sampai jadi gelandangan sementara, aku tak rasa teruk beno hospital kita walaupun aku tau nak dpt treatment kena tunggu berjam2 la jugak tapi takde la sampai berhari2 |
|
|
|
|
|
|
|
jangan dipersalahkan lagi apa yang telah berlaku dan dia telah menghadapinya....so pihak berwajib perlu tampil membantu.... |
|
|
|
|
|
|
|
glemer kan dia dulu aku igt lg time aku skolah dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
malas kerja ni...bangla takde tangan pun boleh angkat batu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2018 08:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ifanonline replied at 4-12-2018 08:16 AM
malas kerja ni...bangla takde tangan pun boleh angkat batu
Abang Ipan,
Apa cakap.macam nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|