View: 3920|Reply: 26
|
Sangka 'Chris Hemsworth' Terpikat Padanya, Wanita Rugi RM61k
[Copy link]
|
|
Apa perasaan anda sekiranya seseorang yang anda minat tiba-tiba mengirim pesanan kepada anda? Apa pula yang akan berlaku jika selebriti kegemaran anda berkata, dia menaruh hati terhadap anda? Pasti gila!
Terbaru, seorang wanita warga Rusia bukan saja patah hati, malah kerugian hampir AUD20,000 (RM61,514) selepas menyangka hero pujaan ramai, Chris Hemsworth, 35, terpikat padanya.
Kredit foto: IG Chris Hemsworth
Memetik Daily Mail, wanita berusia 42 tahun itu menerima pesanan menerusi laman siosial daripada individu menggunakan nama aktor Hollywood berkenaan yang memujinya 'sangat cantik'.
Difahamkan, wanita yang sudah berkahwin dan menetap di Siberia itu menerima beberapa pesanan di Twitter daripada seorang individu mendakwa dirinya bintang popular dari Australi terbabit.
"Hei, saya Chris Hemsworth. Saya pelakon terkenal dari Australia dan tinggal di California. Awak sangat cantik, boleh kita chat?" katanya dalam mesej itu seperti dilaporkan The Siberian Times.
Wanita itu berkata kepada media tempatan bahawa dia 'bukan peminat 'Hemsworth', namun hasil penelitiannya, dia mendapati 'aktor' terbabit merupakan bapa kepada tiga anak.
"Ketika itu, saya menganggap mungkin situasinya sama seperti saya, kami sudah berkahwin namun dalam masa sama sangat kesunyian," ujarnya.
Kredit foto: The Siberian Times
Individu terbabit meminta mangsa terbang ke Australia untuk bertemu dengannya, tetapi kemudian menukar rancangan kononnya dia yang akan pergi ke Rusia.
Wanita itu berkata, dia kemudian dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya peguam Hemsworth yang kononnya sedang mengalami masalah kewangan.
Mangsa diberitahu 'Hemsworth' memerlukan wang untuk jet peribadi, insurans dan visanya sebelum 'peguam' berkenaan menghantar gambar lesen memandu palsu dengan gambar aktor terbabit sebagai jaminan bayar balik.
Kredit foto: The Siberian Times
Tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, wanita itu mengeluarkan pinjaman sebanyak 980,000 ruble (AUD20,000) dan memindahkan wang berkenaan sebelum mendapati media sosial penipu terbabit tiba-tiba dipadam. Namun, sayang semuanya sudah terlambat.
Hemsworth dan isterinya, Elsa Pataky berpindah ke Byron Bay di New South Wales pada 2014 dan tidak pernah tinggal di California.
Aktor yang terkenal sebagai Thor itu juga tidak mungkin mengalami masalah kewangan memandangkan dia tersenarai dalam Forbes World's Highest Paid Actors dengan pendapatan sebanyak AUD43.59 juta (RM134 juta), tahun lepas.
Kredit foto: news.com.au
Malah, rumah agam 'gergasi' bernilai AUD9 juta (RM27.67 juta) milik pasangan itu dilaporkan kini hampir siap sepenuhnya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah da 2018 pun still ada jugak kene scam bodo2 cmni |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 la acikkk.... punyaaa laaa seronok sampai sel sel neuron tak berfungsi dengan bijak... |
|
|
|
|
|
|
|
astaga.. sah2scammer niggah |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan org malaysia je jd mangsa..rupanya acik rusia pon boleh terpedaya..huhu...kuin oks juga yg untung dapat abegong... |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau nak kesian ke apa..
senang sangat tertipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tataw nak gelak ke nak kesian..aduhaiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan acik Russia terpedaya... |
|
|
|
|
|
|
|
hensem betul si thor ni aduhai |
|
|
|
|
|
|
|
Chris hemsworth nI memang lazart |
|
|
|
|
|
|
|
puki dah berbuih la tu membayangkan akan di faktor kan sampai xmampu berfikir lg |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak betul dia ingat hensem mcm Chris ni sunyi mcm dia. Heols tu berjuta followers kot. Ramai je sanggup kangkang free utk heols.
Brw baru tau bini dia Elsa tu kaki kikis rupanay. Untungla dpt tangkap laki sgt hensem |
|
|
|
|
|
|
|
nigga mana la menyamar jadi chris ni??THORlonglahhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
It's sooo obvious gmbr lesen memandu tu gmbr Chris dkt red carpet! Hahaha kenapa bodoh sgt pompuan ni? He's a bloody rich actor kot takkan nak kena pinjam duit ko acik |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai acik...duduk dalam gua ke sampai teruk sangat kena game ni? Apalah kata lakinya tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikutkan sangat perasaan sampai lupa guna akal fikiran yang waras mana tak tertipu |
|
|
|
|
|
|
|
Huurrrm sekali terkena pada diri sendiri mmg sukar nak bezakan benar or tipu..
Sedara iols berniaga hampir terjebak dgn penipuan scammer nih..tawaran dieorg ni terlalu suci dan mulia dan indah bunyinya mangsa2 pejamkan mata pekakkan telinga pada nasihat org. Yelah kalau terlepas mana nak dapat lagi peluang keemasan tu |
|
|
|
|
|
|
|
{:childlike adududududududu |
|
|
|
|
|
|
| |
|