Edited by NmeeraR at 4-12-2018 03:20 PM
Suatu ketika dulu, pekan ini pernah digemparkan dengan tempat berlakunya santau angin secara berleluasa. Namun berita itu sudah lama berlalu. Kesahihanya pun tidak dapat dipastikan.
Foto: Carian Internet Kini tiada apa yang perlu dirisaukan. Gerik yang ditakuti adalah antara tempat yang perlu anda kunjungi andai ke sebelah utara. Apa yang terbaik di GERIK?
Tahukah anda pekan kecil ini adalah antara pekan yang mempunyai tempat makan menarik dan sedap?
Sisca Cafe
Foto: Carian Internet Antara Menu menjadi kesukaan ramai adalah Boat Noodle, Chicken Chop, Spaghetti, Porridge, Mochi dan banyak lagi. Jangan risau mengenai harga, ia sangatlah berpatutan dan murah.
Pasar Malam Pasar malam gerik juga disenaraikan tempat makan terbaik. Antara makanan popular adalah Young Tau Foo Ayu, Cucuk-Cucuk Goreng bersama Sos Masam Manis , Apam Balik Minangkabau, Bihun Soto, dan banyak lagi. Pendapat penulis, ia adalah antara pasar malam yang mempunyai kepelbagaian makanan yang sangat sedap.
Waktu Operasi : Jumaat (Petang - 11.00pm)
Lokasi : Maybank Gerik | Belakang Maybank,
Restoran Famidah
Foto: Carian Internet Ini adalah salah satu restoran 24 jam di Gerik yang sentiasa dipenuhi orang kerana masakan mamak dan masakan melayu yang tidak kurang enaknya. Selain itu banyak lagi kedai mamak di sekitar kawasan Gerik.
Lokasi : Berhadapan Perhentian Bas Gerik | Belakang KFC.
Thirty Cafe Sumber dari thirtycafe.gerik Jika anda inginkan makanan panas, gorengan dan western. Apa kata anda cubanya sendiri di sini. Pasti tidak mengecawakan. Tom Yam di sini adalah antara yang terbaik.
Dataran Gerik/Hentian Bas Gerik Sumber dari internet Ingin hirup angin malam dan lebih santai?Apa kata anda lepak di sini dan melengkapi malam lepak anda dengan Char Kuey Tiaw di sini adalah suatu perkara wajib dilakukan. Terdapat dua gerai di sini, penulis mencadangkan anda cuba gerai Char Kuey Tiaw yang paling hampir dengan jalan raya utama.
Castella Cafe Rasakan sendiri keunikan menikmati masakan kampung dihidangkan di dalam buluh yang pasti membuka selera anda. Tambah pula, tempat makan di sini dibina di atas rakit dan dalam air, menampakkan kawasan ini begitu traditional dan kreatif. Anda juga boleh berehat dan menikmati hidangan di dalam pondok buluh seperti mengimbau zaman dulu kala.
Sebelum berkunjung ke sini, anda boleh menghubungi mereka untuk membuat tempahan terlebih dahulu kerana cafe ini hanya menyediakan hidangan yang fresh untuk anda.
Facebook : castellacafe | No Tel : 01120503454
Selain itu terdapat beberapa restoran lain sesuai untuk anda bersarapan pagi dan makan malam. Tanya saja warga gerik, pasti ada yang mengetahuinya.
Tahukah anda Gerik juga mempunyai destinasi menarik yang boleh anda kunjungi? Yang pasti salah satunya adalah Hutan Belum/Royal Belum.
Royal Belum
Foto: Carian Internet Antara yang menarik, Royal Belum Resort, Hentian Royal Belum, Houseboat, Kawasan Memancing, Air Terjun, kampung orang Asli dan banyak lagi.
Lapangan Terbang Gerik
Foto: Carian Internet Selain digunakan sebagai landasan untuk mendarat, ia tempat riadah utama untuk warga Gerik dan merupakan tempat diadakan sebarang Majlis.
Mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/Kenderong Sejak beberapa tahun ini Gerik juga terkenal dengan ekspedisi mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/Kenderong. Ia cukup terkenal dalam kalangan pendaki untuk melihat awan karpet atau bukit atas awan. Pemandangan di sana cukup mengindahkan.
Gunung Pulut
Gunung Kerunai
Dataran Loma
Foto: Carian Internet Musim ikan Loma hanya terdapat di Gerik -Lenggong.
Menarik bukan? Ada yang pernah berkunjung ke Pekan Gerik ke? -CARI
|