Ipan dan ibu, Kredit foto: mStar
Gelagat seorang kanak-kanak berkhatan di sebuah klinik swasta di Melaka tular di media sosial.
Video yang dikongsi oleh ibunya, Siti Naila Sekan Darkhan menunjukkan anak sulungnya, Mohd Irfan Mohd Fairul, 8, menjerit kesakitan ketika dikhatankan.
"Sakit, aduh. Mama sakit sangat mama. Apasal sakit sangat ni? Sakit tolong mama. Mama peluk abang... mama sakit."
Bukan sahaja menjerit-jerit meminta tolong, dia juga merayu kepada doktor supaya tidak meneruskan proses tersebut.
"Doktor janganlah doktor, sakit sangat doktor. Aduh... abang tak tahu doktor buat apa... tolonglah mama, dah sakit sangat tolonglah.
"Mama ada lagi ke? Ada lagi rupanya. Sakit doktor tolonglah, doktor janganlah. Dah kenapa sakit k**** saya ni."
Tambah Siti Naila kepada mStar Online, Ipan mahu berkhatan selepas melihat rakan-rakannya.
"Kalau ikutkan nak dia berkhatan tahun depan. Sekali dia tengok kawan-kawan dah berkhatan, jadi dia cakap dah bersedia.
"Saya pun buat tempahan (berkhatan) di sebuah poliklinik pada Rabu dan petang tadi, Ipan pun selamat dikhatankan."
Tapi sebelum itu sebaik tiba di poliklinik, Siti Naila berkata dia terpaksa memujuk Ipan untuk berkhatan.
"Sampai-sampai je dia tak nak pula. Tapi saya berjaya pujuk juga. Tu yang dalam video dia membebel dari mula sampai habis.”
Sebenarnya videp tersebut dirakam untuk ditunjukkan kepada suaminya yang tidak dapat ikut sama namun tak sangka ianya tular. -CARI |