Musim cuti sekolah sudah bermula menandakan setiap hujung minggu akan adanya majlis perkahwinan. Majlis Raja Sehari ini akan diraikan penuh gilang gemilang, maklumlah ramai yang berkata kahwin hanya sekali, jadi apa salahnya berhabisan untuk majlis tersebut.
Namun, masalah berlaku apabila makanan yang dijamu tidak mencukupi buat tetamu terutamanya yang hadir beberapa jam sebelum majlis berakhir. Ini mungkin kerana tuan rumah yang tersalah bajet atau tetamu terlalu ramai melebihi jangkauan. Bagaimanapun ada satu lagi masalah utama iaitu tragedi pembaziran dalam kalangan tetamu. Itulah yang dialami oleh Muharrik Daie ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya.
Kredit foto: FB
Kredit foto: Google
Menurut Muharrik, dia sampai pada jam 9 malam sedangkan majlis bermula jam 8 malam. Tidak terlalu lewat namun makanan yang tinggal hanyalah sedikit nasi putih, kuah dalca, tengkok ayam merah, beberapa hirisan ayam cincang dan kuih muih. Berkali-kali rakannya meminta maaf kerana lauk habis menyebabkan ramai tetamu tidak dapat makan. Namun Muharrik menyatakan ia tiada masalah kerana yang lebih penting ialah meraikan pengantin.
Namun apabila Muharrik melihat sendiri nasi yang tidak habis, lauk pun mengalami nasib yang sama, malahan ada yang tidak berusik langsung mengundang rasa kecewa dengan sikap orang Melayu kita. Pembaziran berlaku sekaligus menyusahkan tuan rumah dan tetamu lain.
Kredit foto: FB
Kredit foto: Google
Muharrik juga sempat berpesan kepada tetamu yang datang supaya tidak terlalu tamak haloba hingga menyusahkan orang lain. Malahan adalah berdosa apabila tidak menghabiskan makanan tersebut.
Kredit foto: FB
Kredit foto: Google
"Baru lepas makan kenduri. Memang pemandangan biasa makanan penuh pinggan tetapi makan tak habis. Kita yang sampai kemudian ni dapat kuah ja."
Ramai netizen menyokong pendapat Muharrik kerana ia seakan panorama biasa di mana-mana majlis kenduri. Banyak faktor yang memungkinkan perkara ini berlaku kerana tetamu merasakan lauk banyak, jadi apa salahnya mengambil banyak atau sudah memberikan 'duit kaut' jadi perlu memaksimunkan makanan serta pelbagai lagi alasan.
Namun golongan ini juga terlupa bahawa mereka tidak dapat menghabiskan makan tersebut kerana sudah kenyang. Jadi kenapa ambil banyak sebelumnya?
Oleh sebab itu, ada yang bersetuju dengan cadangan supaya meletakkan 'penjaga' untuk mencedokkan nasi dan lauk pauk kepada tetamu. Tetapi ramai yang tidak tergamak melakukannya kerana akan ada suara-suara sumbang mengatakan tuan rumah kedekut.
Kredit foto: Google
Hal ini turut dipersetujui oleh pihak katering yang mengalami masalah yang sama hingga mengakibatkan ada tuan rumah yang tidak membayar penuh harga katering dengan alasan katering masak sedikit.
Tidak dinafikan hal sebegini banyak berlaku di sekeliling kita. Alasannya mereka malas beratur lagi, namun ia sebenarnya telah menyusahkan ramai tetamu lain kerana tidak cukup makanan? Jadi apa penyelesaiannya? - CARI
|