Soalan peperiksaan yang berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seakan menghantui pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Soalan KBAT ini dikatakan sangat sukar hingga pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut mengakibatkan mereka gagal mendapat keputusan yang diimpikan.
Terbaharu, soalan Matematik Tambahan bagi SPM 2018 didakwa sangat sukar hingga pelajar terbaik sekalipun gagal menjawabnya. Ini membuatkan ada yang marah hingga tergamak membakar buku tersebut sebagai tanda protes. Gambar itu juga membuatkan ia trending di Twitter dan ramai netizen berpendapat perbuatan tersebut sangat biadab.
Kredit foto:
Menurut pelajar tersebut, soalan peperiksaan Matematik Tambahan sangat sukar hingga dia membakarnya sebaik sahaja menjawab soalan tersebut dengan perasaan kecewa.
Kredit foto: Twitter
"Kau bakar je dik? Patutlah ilmu tak lekat, bodoh tu yang lekat kat kau. Buku tu kau boleh bagi library sekolah, sedara mara kau yang akan amik AddMath. Banyak yang kau boleh buat dengan buku tu."
Ini adalah rentetan muat naik gambar pembakaran buku di lantai (dipercayai di sekolah berdasarkan baju sekolah yang dipakai) membuatkan netizen menyelarnya kerana tidak menghormati ilmu.
Ia membawa kepada isu yang lain seperti had mengundi yang dibenarkan kepada warganegara berusia 18 tahun adalah tidak wajar. Ini kerana golongan ini masih mentah dan tidak boleh berfikir dengan rasional.
Kredit foto: Google
Bagaimanapun, mengikut reply di laman Facebook pula, ramai juga orang dewasa yang menyatakan soalan tersebut seolah-olah penggubal soalan sengaja menyusahkan pelajar hingga tidak dapat menjawabnya.
Kredit foto: FB
Namun menyedari gambarnya mengundang perasaan tidak senang netizen, pelajar tersebut akhirnya menjelaskan keadaan sebenar. Dia mengambil keputusan itu setelah bertanyakan jiran dan saudara mara sama ada mahukannya atau tidak. Disebabkan mereka tidak mahu, dia membakar kerana tidak mahu ia dibuang atau terbiar di lantai. Malahan abu tersebut ditanam dengan niat tiada orang memijaknya.
Darah muda memang begitu. Cepat panas baran lalu memberontak. Namun apabila pelajar tersebut meminta maaf menyatakan dia sudah mengesali perbuatannya. Ada juga yang berpendapat jika sesebuah buku tidak boleh dijual atau rosak, maka ia dibolehkan dibakar bagi mengelakkan ia dipijak. Apa pula pendapat anda? - CARI
|