CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3203|Reply: 30

Kes Zara: Suami Pengasuh Dipenjara 20 Tahun, 12 Sebatan

[Copy link]
Post time 29-11-2018 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal yang mati akibat didera.


Memetik BH Online, Mahkamah Sesyen Kajang, semalam menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 36, atas dua tuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.




Kredit foto: Utusan Online




Mengukut fakta kes, tukang gunting rambut berkenaan memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur mangsa di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara jam 10.30 pagi dan 1.30 petang, pada 7 November lalu.


Hazmi didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.


Sebelum itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menyara isteri dan tiga anak.


Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria bagaimanapun memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius dan membabitkan mangsa berumur 11 bulan yang tidak berdaya mempertahankan diri sendiri.

“Tertuduh adalah suami kepada pengasuh mangsa yang sepatutnya turut menjaga dan bukannya mengambil kesempatan ke kanak-kanak itu.

“Kesalahan terhadap bayi dan kanak-kanak juga semakin menular dalam kalangan masyarakat hari ini,” katanya. - CARI



BACA JUGA: Suami Pengasuh Zara Berdepan Hukuman Gantung Mandatori


BACA JUGA: Selaput Dara Dan Dubur Koyak, Bayi 9 Bulan Maut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 10:03 AM | Show all posts
merengkuk la kau dalah penjara...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:03 AM | Show all posts
so bininye yg pengasuh terlepas ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
so bini dia macamana tak kena pape tindakan ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:10 AM | Show all posts
Selayaknya dia dijatuhi hukuman mati.. sbb baby tu didera sehingga mati
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:12 AM | Show all posts
20 tahun penjara n 12 sebatan jek..???

seeloknya 100x sebatan...biar terkoyak pulak kulit dia....

baby tu meninggal kan..??bukan dia pun patut kena mandatori ke..??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2018 10:14 AM | Show all posts
Yang pastinya kes sebegini masih juga belum boleh menjadi mengajaran buat yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun marah dengan tindakkan dia nih kemanusiaan masih menebal dalam diri akak,
Emmm cemana lah yek anak bini dia nak teruskan hidup nak ngasuh anak org mesti dah takleh.. seumur hidupla hadap caci maki org akak sian kat anak2 dia je.
Sbb tu kita kena fikir sebelum wat jenayah bukannya selepas wat jenayah baru nk fikir anak bini bagai.

Sama macam kes yg dera anak tiri tu kenapa lah lari tak memasal baru sari dua  beranak kena masuk lokap baby newborn terpisah ngan ibu kandung.
Kalau kena tahan masa sarat tu atleast masih bleh bersama ngan baby lagi kalau terberanak masa dlm tahanan cam banduan yg masuk jail masa tgh ngandung.
Tak memasal naluri mak2 ni rasa simpati walaupun marah ngan perbuatan yg telah dilakukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak fikir anak bini. Ermmmm. Dah terlambat bro. Dia ni patutnya kena hukuman total 40years kan. Tp hakim bg jalan sekali hukuman utk dua kesalahan. Tak silap dgr berita kes dera seksual. Kes mati tu tak kena charge ke?
Apa la nasib anak bini kat luar. Dah la awal2 hari tu beria kat fb kata org. Ni mesti dah malu gila. Bapak durjana anak yg kena tanggung. Yg mak tu gone case la. Dah yg tu anak asuhan kau tp bg kat laki g handle kenapa ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:30 AM | Show all posts
Kenapa 20 tahun je????Why? Why? Why? I dont wanna live on this planet anymore...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:56 AM | Show all posts
knp tak kena mandatori?? kenapa just kena 20 tahun je? Allahhhhh tak tertahan tgk bby 11 bulan kena dera seksual mcm tu smpai meninggal budak tu dikerjakan. elok laa kuar penjara umur 56 nti jadi atuk yg merembes plak ngn cucu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:12 AM | Show all posts
syidasaleh replied at 29-11-2018 10:30 AM
Baru nak fikir anak bini. Ermmmm. Dah terlambat bro. Dia ni patutnya kena hukuman total 40years kan. ...

mak nnti cari laki baru pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:13 AM | Show all posts
mcm tak adil je. mati patutnya dihukum mati jugak. baru org gerun nk buat jenayah. dah la bersepah pedo serang ni, nauzubillah min zalik
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpela lepas 20 taun ko kuar penjara pun ko ttp dipandang hina. So hidup ko sama je mcm dlm penjara.

Esok2 ade thread kekonon malaysian pandang serong pada bekas penjenayah ,so ramai2 la kuarkan hujah2 manis kononnya diala org paling molia yg sanggup je menerima bekas penjenayah. Padahal org pandang hina pada bekas penjenayah antara sbb2 nya ni la. Hukuman tk setimpal !
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:20 AM | Show all posts
knapa xhukum gantung mandatori??kan perbuatan dia tu menyebabkan kematian budak tu??kalu charge kes rogol memang la dpat 20 tahun masalahnya ni BUNUH..DPP please jadi amanah skit time buat kerja..tugas ko untuk mendakwa pesalah dengan hukuman yg bertepatan dengan akta buat nego hukuman septutnya dikenakan pesalah..mak pak Zara please lantik lawyer criminal yg bertauliah n mohon merayu untuk kes ni ye..20 tahun is tacang je bagi psycho camni..umo 56 tahun sok da kluar da..mohon review skali judgment oleh judge ni..so unfair yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:27 AM | Show all posts
20th tahun aje.. patut mati aje....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 11:34 AM | Show all posts
Ni untuk tuduhan mendera secara seksual, dapat 20 tahun + 12 strokes.
Yang bunuh tu sebutan kes dia 17 Januari 2019 sok.
Mahkamah settle satu satu.
Belum selesai lagi lahanat ni.

Korang chill dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:35 AM | Show all posts
harap2 mati kene balun la kau dlm penjara nun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 29-11-2018 11:34 AM
Ni untuk tuduhan mendera secara seksual, dapat 20 tahun + 12 strokes.
Yang bunuh tu sebutan kes dia ...

Haa. Ni la yg iols nak dgr. Ada lagi sebutan ke. Sbb tgk tv tu dia kata tu utk 2 kes keslhan dera seksual. Mereput la kome dalam tu tukang gunting. Mohon anu ngan jari tu digunting2 sekali. Sbb lnsg tak berguna
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
20 thn je..mati kot baby zara tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.326973 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list