CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13456|Reply: 125

Usaha penyanyi ini harus dijadikan contoh, siapa sangka Ayu Damit kini saudagar

  [Copy link]
Post time 29-11-2018 08:47 AM | Show all posts |Read mode

BENARLAH bagai dikata, "berbudi pada tanah pasti ada hasilnya"!

Perumpamaan itu sesuai sekali bagi menggambarkan hasil usaha anak jati Sabah yang bergelar penyanyi dicungkil bakatnya menerusi program realiti televisyen, OIAM musim ke-2.



Peluang meninjau tanaman cili fertigasi di ladang berkeluasan 1.4 hektar milik penyanyi Ayu Damit dan suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 31, ternyata sesuatu yang membanggakan.

Terletak di Batu 22, Hulu Langat, Ayu ketika ditemui memberitahu dia dan suami mula mengusahakan ladang tersebut yang disewa daripada Orang Asli sejak dua tahun lalu.

Namun ketika awal pembabitan dalam bidang pertanian itu, mereka sama sekali tidak menyangka tanaman cili fertigasi itu mampu mendatangkan hasil dan mendapat permintaan tinggi.





Kata wanita bertubuh kecil tu, setakat ini hasil cili di ladang syarikat Ayu Damit Agro Farm itu sudah boleh dituai sebanyak empat kali dan mereka pernah mengutip sehingga 400 kilogram tanaman itu, selain timun dan tembikai susu.

"Saya sentiasa berpegang kepada kata-kata, jika kita berbudi kepada tanah maka itu juga sebahagian ibadah dalam menyuburkan alam dengan memberi manfaat dan kesenangan kepada orang lain.

"Alhamdulillah usaha kami sepanjang dua tahun ini mula menampakkan hasil dan saya harus berterima kasih kepada suami kerana dialah individu paling gigih bekerja di ladang setiap hari.

"Apabila tengok ladang menghijau dan tanaman subur dengan baik, nikmat itu sukar digambarkan dengan kata-kata," katanya.

Ayu Cili Padi



Tidak kisah dengan pandangan serong segelintir masyarakat apabila memilih untuk menceburi bidang pertanian, pemilik nama sebenar Norayu Damit ini berkata, apa yang paling penting adalah dia mencari rezeki halal untuk keluarga.

"Ada juga orang panggil saya 'Ayu Cili Padi' tetapi saya tidak kisah pun kerana memang benar saya mengusahakan kebun cili padi.

"Hanya kerana saya seorang artis bukan penghalang untuk saya ceburi bidang pertanian kerana apa saya lakukan ini kerana minat dan masa depan keluarga.

"Alhamdulillah kami mula nampak hasilnya apabila permintaan daripada pemborong sangat tinggi, malah sampai ada yang datang sendiri ke kebun untuk beli cili," ujarnya yang berusia 29 tahun.

Sebelum berjaya pasti ada cabaran!

Rancak berbual mengenai punca rezekiya, Ayu berkata, dia dan suami pernah berhadapan pelbagai cabaran sebelum membawa mereka ke tahap sekarang.

Kisahnya, sebelum menanam cili, mereka pernah mengusahakan penanaman nanas dan kelapa matang di sebidang tanah di kampung suaminya yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.

Cerita Ayu lagi, pada awalnya kegiatan pertanian yang diusahakan berjalan dengan baik, namun kejadian banjir teruk memusnahkan hasil tanaman itu terutamanya nanas.

"Hasil yang diperoleh hari ini tidak datang bergolek sebenarnya. Kegagalan dalam mengusahakan tanaman kelapa matag dan nanas beberapa tahun lalu bagaikan mengajar bahawa jika hendak melakukan sesuatu kami tidak boleh cepat berputus asa hanya kerana usaha tidak berhasil.

"Cabaran dan rintangan itu biasa dalam apa juga situasi, cuma kita perlu tahu bila hendak berhenti dan cepat berfikir pelan seterusnya," ujarnya.

Bantu Orang Asli tambah pendapatan

Dalam pada itu, Ayu memberitahu keseronokan mengusahakan ladang bukan sahaja apabila melihat hasilnya tetapi kepuasan dapat membantu masyarakat setempat dengan menawarkan peluang pekerjaan.

Kebiasaannya dia akan mengupah penduduk Orang Asli di kawasan itu ketika musim menuai dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah pendapatan.

"Kalau diikutkan kami ada empat pekerja tetap membantu menguruskan ladang dan apabila tiba musim menuai kami akan upah penduduk Orang Asli di kawasan itu untuk memetik cili.

"Kebiasaannya kami akan mengupah 10 ke 15 pekerja tambahan dan mereka akan mengutip cili tiga kali dalam masa seminggu ketika musim menuai, selain menabur baja dan menyembur racun serangga perosak.

"Alhamdulillah, dapat juga kami membantu penduduk kampung dalam mewujudkan peluang pekerjaan dalam mencari wang tambahan," katanya.

Melihat potensi pertanian cili fertigasi mampu mengembang memandangkan ia mendapat permintaan tinggi, Ayu berkata, dia dan suaminya berharap dapat memperluaskan empayar mereka dalam bidang pertanian.

"Sebenarnya kami sedang merancang mencari tanah kosong bagi memperluaskan lagi kawasan tanaman cili berserta sayur-sayuran dan buah-buahan lain.

"Macam sekarang ada 16,000 pokok cili pun tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dan kami melihat ia mempunyai potensi besar.

"Insya-Allah jika diberi rezeki memang kami ingin kembangkan lagi kebun kami," ujarnya yang masih aktif menerima undangan nyanyian.





Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/xpose/f ... BISzYRhcX6UfjSTe.99

Si Mila AF5 pun ado bisnes gok.. BizMila dekat One City Puchong tempat rusuhan depan kuil nuh.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la, muka ayu ni pun ada nampak macam ciri ciri petani yg berjaya dari muka penyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Syed sangat lakinya. Nak tunggu berapa ramai nak komen who r yous
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 08:52 AM | Show all posts
wah..bagus sgt..kipidap
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 08:54 AM | Show all posts
baguslah sis dah tahu arah tuju

tak payah hadap sangat nak jadi penyanyi

sis ada bakat tapi rupa sis sendu dan takkan mendapat tempat dihati para peminat

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah pandai carik lobang rezki lain bila x laku menyanyi.

So, Ayu Dam it ni adik beradik dgn Mila AF5 ke camne? Apesal ayat last skali sebut pasal Mila? Ke TT nak taip Ayu tertaip Mila?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2018 08:57 AM | Show all posts
Bagus Ayu, pandai fikir future.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 08:59 AM | Show all posts
moga dipermudahkan Ayu, suka tengok zaman OIAM dulu, berbakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 29-11-2018 08:54 AM
baguslah sis dah tahu arah tuju

tak payah hadap sangat nak jadi penyanyi

kan... bkn mcm artis nasyid sorg tu..  bkn main sibuk nak nyanyi... anak2 tak sekolah.. keje tak glamer tak mau.... yuckkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:16 AM | Show all posts
Ini baru betul, fikir masa depan. Tak kisah la cabang perniagaan mana, yang penting jangan putus asa dan jangan hangat-hangat taik ayam. Good luck Ayu!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:18 AM | Show all posts
didinfriends replied at 29-11-2018 12:50 AM
Elok la, muka ayu ni pun ada nampak macam ciri ciri petani yg berjaya dari muka penyanyi.

ahaha! tergelak aku.jahat la ko ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:20 AM | Show all posts
bgs la .. x hadap nk jadi penyanyi . pandai cari peluang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 29-11-2018 08:55 AM
Baguslah pandai carik lobang rezki lain bila x laku menyanyi.

So, Ayu Dam it ni adik beradik dgn  ...

Rasnya TT mmg ckp psl bisnes catering Mila Jirin yach
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 29-11-2018 09:10 AM
kan... bkn mcm artis nasyid sorg tu..  bkn main sibuk nak nyanyi... anak2 tak sekolah.. keje tak g ...

Sohai ada karatz x chuols? Nnt kena bantai
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:32 AM | Show all posts
die ni mmg minat bidang pertanian, dulu kuar berita pasal ladang kelapanya, sekarang berita pasal ladang cili, bagus at least dia jenis ada misi, dan tak putus asa... die ni femes dikalangan forumers pon sebab statement mase bulan puasa dedulu, hhehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bisnes cili ni mmg untung sbb sokmo ada pmintaan.Nk jaga pun xsesusah tnaman lain yg perlukn extra care yach.kt kg my parents pon gigih tnm cili kt backyard sudahnye byk sgt smpai xtmakan.mereput gitu jah.mmg sng idup cmpk biji gitu je trus jap g bertunas la.Tu pon kitorg sokmo wt cili jeruk tabung besar mgalahkn nk g mniaga kuewtiaw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 09:35 AM | Show all posts
masyuk kalau pandai urus ladang cili ni..
sedara kawan aku pun ada ladang cili.. pandai cari marketing nk pasarkan cili tu insya Allah berjaya..
sebulan untung 30k..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
lucky_peace replied at 29-11-2018 09:32 AM
die ni mmg minat bidang pertanian, dulu kuar berita pasal ladang kelapanya, sekarang berita pasal la ...

Apa statement sheols bulan pose tew
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sbb pndai bbisnes... tak.harap tadah tangan mcm sohai laksa...

Skurang kurangnya dia tau hala tuju kat mna
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:44 AM | Show all posts
iols tanah cili mesti diserang bena.. sampai give up nak tanam.. huhuhuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.074637 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list