Gempar dengan penemuan tiga objek misteri yang dibungkus kain kafan.
Harian Metro melaporkan, penduduk di sebuah kampung di Kota Samarahan terkejut dengan objek yang dijumpai di sebuah tanah perkuburan itu.
Seorang penduduk yang enggan namanya dikenali berkata, objek misteri tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan unsur khurafat dan ilmu hitam.
Kredit foto: Harian Metro
“Ia kemudian dimaklumkan kepada seorang ustaz yang tinggal berhampiran.
“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut hanya dilakukan pagi tadi oleh ustaz berkenaan dengan bantuan beberapa penduduk kampung.”
Tambahnya perbuatan tersebut mungkin dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Ketiga-tiga objek berkenaan telah dimusnahkan oleh ustaz berkenaan dengan dengan cara dibakar." -CARI |