CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5776|Reply: 21

"Patutlah Ramai Yang Masih Tertipu Dengan Ubat Tinggi" - Dr Amalina Bi

[Copy link]
Post time 27-11-2018 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Dr Amalina Bakri Che Bakri adalah antara individu yang masih berusaha untuk mendidik minda rakyat Malaysia yang mempercayai produk-produk suplemen tempatan yang kebanyakannya mengarut dan mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Walaupun pernah dikecam teruk dengan pengasas-pengasas produk dan netizen, dia masih mampu memekakkan telinga dan membalasnya dengan fakta yang benar mengikut ilmu sains dan perubatan yang dimilikinya. Benarlah, ia bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tanggung jawab yang begitu mencabar.

Kredit foto: dramalinabakri (Instagram)



Dr.Amalina telah memuat naik status di twitternya dan mengecam sebuah portal hiburan yang seakan menyokong saranan netizen agar dia mengamalkan ubat tinggi. Ini kerana, ada netizen yang tidak senang melihat Dr.Amalina berdiri dan bergambar bersama teman lelakinya yang jauh lebih tinggi daripadanya.






Patutlah masih ramai netizen tertipu



Dr.Amalina melahirkan rasa kesal dengan tajuk dan intipati yang dikeluarkan oleh portal hiburan tersebut kerana mengeluarkan artikel picisan sebegitu. Malah, tidak hairanlah masih ramai yang tertipu dengan produk-produk sampah seperti ubat tinggi dan sebagainya disebabkan ada pengamal media yang menyokong.





Ukuran tinggi Dr. Amalina adalah 5 kaki 3 inci (160 cm) manakala teman lelakinya ialah 6 kaki 4 inci (193 cm) dan ketinggiannya dianggap normal bagi wanita Asia. Ia tidaklah terlalu rendah seperti yang dilihat oleh para netizen.





Netizen kecam editor portal hiburan



Netizen turut memberi komen pada status Dr.Amalina dan mengutuk wartawan dan editor portal hiburan tersebut yang tidak sensitif dengan isu produk kesihatan yang tular di negara ini. Tajuk yang dikeluarkan itu mungkin hanya untuk menarik perhatian pembaca tetapi ia sememangnya tidak beretika dan boleh mengelirukan orang ramai.













Dr. Amalina yang juga terkenal dengan jolokan doktor selebriti ini kerap berkongsi foto bersama teman lelakinya di laman Instagramnya. Dia nampaknya sedang bahagia dan begitu selesa memilih jejaka Inggeris berkulit putih itu sebagai teman lelakinya. Semoga hubungan mereka berkekalan dan berakhir dengan ikatan perkahwinan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
yang tertipu tu sejenis yang tak educated . contoh retis bulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 04:53 PM | Show all posts
mesti senak dr amalina nih nnti
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ape yg dikatakan dr amalina ni...bahaya makan supplemnet mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 04:55 PM | Show all posts
nampakny dr sedang usaha untuk perbaiki keturunan.. go dr!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 05:23 PM | Show all posts
LostStar replied at 27-11-2018 04:55 PM
nampakny dr sedang usaha untuk perbaiki keturunan.. go dr!

takde maknanya baiki keturunan kalau dua-dua muka marhaen sendu jua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2018 05:25 PM | Show all posts
mampoih laa ramai meroyan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas Dr Amelia...Teruskan usaha untuk mengubah mindset orang melayu..orang melayu ni lebih mudah percaya produk2 kecantikan buatan melayu, ubat2 traditional terutama kalau yg jual tu ustaz atau ustazah..sedangkan bahan didalamnya mengandungi bahan kimia yg merbahaya..Mereka tk kisah..Itulah mentaliti org melayu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok ramai yg jeles dgn dr amelina kat sini..biasa la mat saleh memang tinggi2 kalau nk bandingkan dgn orang asia..tu sbb dia nk kahwin dgn mat saleh utk baiki keturunan..Bagus la tu aku setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa setuju
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas: mesti senak dr amalina nih nnti


{:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 12:06 AM | Show all posts
Dkt Malaysia ni bnyk peniaga yg PPRT... Bila ditegur benda fakta katanya dengki dgn periuk nasi peniaga....

Sama jah dgn peniaga yg jual teh herba kurus segala boleh kurus bakar lemak padahallll semua tuuuuu placebo jah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
meols suka dr.a nih, tp muka dia tetap jawa yach pakai apa pun.. btw selamat membaiki keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlahh pendek ye doc.....tetap kokosen jua doc dapat....yg penting titlee doc ori!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
disneyrecess replied at 27-11-2018 05:18 PM
meols suka dr.a nih, tp muka dia tetap jawa yach pakai apa pun.. btw selamat membaiki keturunan

aku rasa bakal laki diaa tu dah kira great pada dia. tapi kat negara barat laki dia tu cuma laki jer.
macam kita dapat ferrari. kita macam wooooooo
tapi pada org barat ferrari tu celah gigi jer
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 09:54 AM | Show all posts
tgk nama doc amalina naik, mek terus ternampak muka anju bibir plastik,...
hahahahahahhah

kemain marah minah tu ngan doc ni dlu, pastu dok maki hamun org anjing bagai..
ujg2 bila org tag dr2.. tau plak takut, siap up kabo xsuruh tag bagai...

teringat senget2 bibir cucuk dia maki hamun org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 10:21 AM | Show all posts
Ape benda la ubat tinggi ni. Kalau berkesan sgt ubat ni dah ramai ummah melayu tinggi macam galah. Padahal nan hadooo!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama ukuran tinggi dgn doc amelina, tp rasa mcm tinggi dh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 11:35 AM | Show all posts
DeLafee replied at 28-11-2018 12:06 AM
Dkt Malaysia ni bnyk peniaga yg PPRT... Bila ditegur benda fakta katanya dengki dgn periuk nasi peni ...

ada gak 2-3 seller produk tinggi ni aku provoke,minta bagi penerangan camner org yg abis matang growth plate kat tulang dia bleh tambah tinggi...

dia x abis2 jaja testimoni...last2 aku kena block jubaker
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-11-2018 05:23 PM
takde maknanya baiki keturunan kalau dua-dua muka marhaen sendu jua..

anak mix walaupon kacukan parents rupa marhaen jarang tak menjadi. lagikan adik beradik sama parents pon ada yg helok ada yg kurang siap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.193969 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list