View: 3211|Reply: 12
|
Dah Belasah Teruk, Berani Pula Chris Cuba Berbaik Dengan Komen Di IG Rihanna
[Copy link]
|
|
Mungkin ramai yang masih mengingati kisah cinta penyanyi Chris Brown dan Rihanna suatu ketika dahulu. Pasangan itu mula berkenalan pada tahun 2008 tetapi berpisah setahun kemudian apabila Chris Brown membelasah Rihanna setengah mati dalam satu pergaduhan akibat kes cemburu.
Kredit foto: Europafm.com
Susulan itu, Chris Brown telah dihadapkan di mahkamah dengan tuduhan jenayah. Beliau kemudiannya mengaku bersalah dan menerima hukuman menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan 5 tahun parol. Selain daripada itu, beliau juga diarahkan menjalani kaunseling keganasan domestik.
Kredit foto: Youtube
Selesai menjalani hukuman, Chris dan Rihanna kemudian menyambung percintaan mereka pada tahun 2012 sehingga menghasilkan lagu duet ‘Nobody’s Business’ . Dalam satu temubual, Rihanna mengatakan beliau sangat menyayangi Chris Brown dan cuba melindunginya. ‘Saya rasa ramai tidak memahaminya’ katanya lagi. Bagaimanapun, percintaan mereka tidak bertahan lama. Setahun kemudian, pasangan itu berpisah semula.
Kredit foto: Instagram
Tetapi nampaknya dalam diam-diam, Chris Brown cuba memikat Rihanna semula, dan ini tidak disenangi oleh peminat Rihanna. Terbaru, minggu lalu Chris Brown gigih berkuntum di Instagram penyanyi itu memuji-muji gambar seksi yang dimuatnaik, tetapi peminat Rihanna menghalaunya pergi.
Kredit foto: Instagram
Seperti yang dilaporkan Buzzfeed, apabila Rihanna memuat naik dua keping gambar untuk promosi pakaian dalamnya berjenama ‘Savaga x Fenty’ , Chris Brown telah meninggalkan emoji-emoji seakan-akan hilang kata-kata dengan kehangatan gambar-gambar tersebut.
Kredit foto: Twitter
Peminat Rihanna yang menggelar diri mereka The Navy menyatakan ketidakpuasan mereka. Ada di antaranya yang mengatakan ini adalah tabiat buruk Chris Brown sama seperti komen-komennya tahun lalu ketika Rihanna memuat naik gambar-gambarnya sewaktu menyertai festival di Barbados.
Nampaknya, Chris Brown perlu melupakan Rihanna sepenuhnya kalau tak mahu kena belasah dengan peminat-peminat penyanyi itu. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Why don't you get lost, Chris Brown???! |
|
|
|
|
|
|
|
psiko kot mamat nih..blm move on lagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
bkn chris brown ni dgn agnez mo? ke aku tertinggal lrt???? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-11-2018 06:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nonones: bkn chris brown ni dgn agnez mo? ke aku tertinggal lrt????
Bila pula dgn Agnez Mo? Baru ke kelab sekali kerana Agnezmo minta lagu, pemunat indon dah berangan mereka bercinta lol |
|
|
|
|
|
|
|
Lah mat brown ni igtkan kapel dgn takda logika tu... kes ss lag ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 27-11-2018 06:49 PM
Bila pula dgn Agnez Mo? Baru ke kelab sekali kerana Agnezmo minta lagu, pemunat indon dah berang ...
besye laa indon..over dlm segala2nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nyampah i dengan jantan lehnat ni..kalau bukan sebab heolls,aman2 yah iolls tengok konsert Rihanna in KL tahun 2008 itu..ngam2 i baru lepas spm.baru nak meronggeng.baru nak kenal dunia yg melalaikan..lulz |
|
|
|
|
|
|
|
Chris Brown gigih berkuntum di Instagram penyanyi itu memuji-muji gambar seksi yang dimuatnaik, tetapi peminat Rihanna menghalaunya pergi.
Kelakar Top lagi kew Chris ni? Gigih nk himpit Riri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ceq ska CB diawal kmunculn beliau...msa tu muda remaja lg...gaya pun bdk2...la ni....tp ceq ska ank dia Royal...comel
Rihanna ni bila pts dgn CB...couple dgn Drake...pts dgn Drake...couple dgn CB blik....pts dgn CB...couple dgn Drake blik.....dok pusing kot situ ja
Nak tackle blik ka tu...Rihanna tu la dok sibuk berbisnes ja skg |
|
|
|
|
|
|
|
farathe replied at 28-11-2018 10:39 AM
besye laa indon..over dlm segala2nya..
Indon mmg sllu over. |
|
|
|
|
|
|
| |
|