Tidak dinafikan, ramai netizen yang sedih apabila kisah percintaan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang tidak kesampaian. Majlis pertunangan mereka yang diadakan secara besar-besaran akhirnya terputus jua pada Februari lalu.
Kredit foto: elfiraloy (Instagram)
Bagaimana pun, Elfira kini sudah pun menemui cinta hati yang baru dan melupakan kisah silamnya yang dulu. Dia dilihat begitu bahagia walaupun majlis pertunangan dengan jejaka tersebut dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga serta rakan terdekat sahaja.
Walaupun El cuba merahsiakan hubungan dan berita pertunangannya, tetapi ia tetap berjaya dihidu. Mungkin ingin mengambil pengajaran daripada pengalamannya yang dulu, El memilih untuk tidak menceritakan dengan lanjut mengenai percintaannya sekarang tetapi selalu memberi hint yang dirinya kini sedang bahagia dan dilamun cinta menerusi Insta Story di Instagram miliknya.
Dalam status Instagram El yang terbaru, El telah memuat naik gambar bersama tunangnya. Rata-rata netizen memuji pasangan ini yang kelihatan sangat sepadan dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.
Sama cantik, sama padan!
Jangan terlalu menunjuk-nunjuk
Bagaimanapun, ada netizen yang risau apabila El memuat naik gambar bersama kekasih barunya itu. Mereka menganggap El masih belum serik dan sentiasa ingin menunjuk-nunjuk. Nampaknya tunang El ini begitu segak dan tampan orangnya dan netizen risau jika ada yang ingin merampasnya.
Netizen puji ketampanan tunang Elfira
Ada iras Fatah Amin
Difahamkan, tunang El merupakan seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota. Untunglah El, bukan sahaja mempunyai kekasih yang kacak, malah mempunyai kerjaya yang hebat. Siapa yang tidak cemburu kan? Tidak kurang juga, sekali pandang ramai netizen yang melihat wajah tunang El seperti pelakon kacak Fatah Amin.
Kalau dah jodoh tak kemana. Apa-apa pun, didoakan semoga El bahagia bersama cinta hatinya yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada tahun hadapan. - CARI |