View: 6321|Reply: 43
|
Tiada Pengasingan Kelas Mulai 2019, Ada Yang Tak Setuju Ke?
[Copy link]
|
|
Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan arahan tiada pengasingan kelas bermula pada tahun 2019, pelbagai reaksi diterima oleh masyarakat. Ada yang menerimanya sebagai positif namun lebih ramai tidak bersetuju kerana pelbagai faktor. Ia diumumkan pada tahun 2017, bermakna sudah sampai masanya pihak sekolah melaksanakan amanat tersebut. Antara yang telah melakukan perkara tersebut ialah sekolah-sekolah di Putrajaya.
Bagi mereka yang bersetuju, mereka berpendapat ia akan menyamaratakan taraf pelajar dan tidak dilabelkan sebagai pelajar malas dek kerana berada di kelas belakang. Manakala bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan pengasingan sebenarnya adalah untuk memudahkan para guru mengajar dan bukan kerana melabelkan yang tidak sepatutnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
Dalam tulisannya, Zizi menjelaskan ia berdasarkan pengalamannya menghadiri tuisyen yang dikendalikan oleh guru sama tetapi pendekatannya berbeza antara kelas hadapan dan kelas belakang. Jadi, ini bukan soal kesamarataan tetapi lebih kepada fokus untuk pelajar yang berbeza kemampuan belajar mereka. Jadi, bagi mereka yang berkata percampuran kelas akan membuatkan pelajar yang bijak akan membantu pelajar lemah adalah mengarut. Ini kerana tidak ramai yang mahu melihat pelajar lain melebihi mereka. Kebanyakannya akan menyimpan untuk diri sendiri sahaja.
Ia turut dipersetujui oleh ramai netizen lain bahawa kelas yang bercampur hanya akan memeningkan kepala. Ini kerana cikgu tidak dapat memfokuskan pada pembelajaran sekaligus menyebabkan pelajar lemah gagal menguasai pelajaran menjadikannya semakin nakal dan bising. Ada pula pelajar lemah yang berasa putus asa hingga mengakibatkan keputusan peperiksaan mereka teruk.
Kredit foto: Carian Internet
Lebih malang jika pelajar yang pandai terpengaruh dengan pelajar nakal hingga mengakibatkan prestasi golongan ini merundum. Jadi, nak salahkan siapa?
"Mungkin point dia nak suruh pandai ajarkan si kurang mahir, tetapi apakan daya, lawan pemadam lagi best."
Bagaimanapun bagi mereka yang bersetuju dengan pemansuhan pengasingan kelas ini berkata kita sepatutnya menyambut baik hal sebegini kerana telah terbukti pelajar corot tetap terkebelakang dalam hal akademik. Jadi, cuba dahulu cara ini supaya keputusannya akan lebih berbeza.
Kredit foto: Carian Internet
Pelbagai pendapat dilontarkan untuk penambahbaikan kualiti generasi pelapis hari ini. Semoga mereka akan lebih mampu mendepani cabaran yang lebih sukar nanti. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau xde exam oriented, xde masalah utk sama rata. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut pengalaman kat sekolah rendah..budak kelas hujung biasanya nakal2 so bila di mixedkan nanti risau mengganggu budak yg rajin/pandai..bukan lah semua tapi segelintir..
Dalam sekolah menengah pulak tak nampak sangat sebab yg kelas pandai pun sama nakal |
|
|
|
|
|
|
|
yang pandai kena asingkan. sebab biasanya dorang minat betul belajar.yamg kelas tersendiri kat blakang ni paham2 jela perangai...suka main2 dan slow sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Samakan kelas. X kisah lah pandai ke bodo ke. Sama rata sama rasa. Yg pandai tolong yg bodo.
Ini yg di katakan, cerdik tak buleh di ikut, bodoh x buleh di ajar.
utk rekod aku dari standard 0ne sampai form 5, duk dalam kelas pandai. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu..bila sekolah raikan yg dapat straight A je berbondong2 up kat fb, tak perlu rai la..bla..bla..bla..
bila hari anugerah cemerlang bagi hadiah kat budak no 1,2,3, kata takyah letak no la, budak x de no pun kenaada hadiah la..
bila tang kelas sibuk pula suruh asing... apa yg drg nak sbnrnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak setuju.majoriti parents pelajar pandai pun tak setuju.yg setuju dan tak ambil kisah ni biasanya parents budak2 kelas belakang.konon terlalu sibuk takde masa utk ambik tahu tentang pelajaran anak2 mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Calling2 chazey beri sepatah 2 kata |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lebih suka asingkan kelas. Biasa budak x brape cerdik ni comes with the not so good attitude. So budak yg pandai ni terpengaruh ngan attitude depa. Not good.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak mmg x setuju... anak start thn depan dia pun dr kelas atas dptkelas bwh sib baik dia boleh terima, tp anak2 yg lain ade yg menangis emosi terganggu... ade yg sampai x nak pegi sekolah , yg lah bdk2 mana nak faham dah bertahun thn dok atas kena turun bawah culture shock la
Akak rasa thn depan cikgu lg bertambah stress... bdk kelas blkg ni bukan akak nak kata tp kalo sekolah ank akak tu masyaallah bising mcm pasar borong kalo cikgu x de, pas tu x makan saman kalo pengawas tegur tu belum suka kacau org dan merembat brg
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku cikgu dia dh siap2 bg kelas utk tahun depan. Kementerian blh bg arahn.. Tp implementation dr pihak sekolah ramai x ikut rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak setuju. kelas belakang tak semestinya bodoh tuli perangai setan. mungkin ada yang memang otak lambat nak terima sesuatu mesej, tapi attitude memang bagus. Sekarang ni ramai kawan kelas aku dulu jadi manusia yang berguna walaupun akademik hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku masa sekolah rendah...sekolah buat sistem kelas 1,2,3 tu diorg masuk selang seli pelajar yg keseluruhan 1-100. Kelas 4,5,6 selang seli untuk pelajar 101-200. Ada 2 beza kelas je.
Masa sekolah teknik, kelas 1 je dia ambil keseluruhan cemerlang 1-40. Balance rotate masuk kelaa 2,3,4,5.
Rasa macam ok la. X de kelas corot |
|
|
|
|
|
|
|
boleh nak mixed kan tapi bersyarat..cam skola aku time aku darjah 6 dulu cikgu2 gabung 3 kelas kat dewan n wat program cam mentor-mentee so dak kelas 1st n 10 top student kelas 2nd jadi mentor n baki kelas 2nd n kelas 3rd jadi mentee..alhamdulillah menjadi gak program camtu sbab sume latihan buat berpasangan so yg pandai leh ajar yg kurang tu..n cikgu pun kne pantau gak la jgn sampai mentor kne buli ngan mentee je manjang..
& aku xstuju xde pengasingan kelas sbab negara kita masih lagi exam-oriented education..sbab aku penah jadi cikgu skola menengah n kalu dpat kelas hujung ni budak siap kluar msuk kelas pastu tido la so mengganggu overall proses P&P..tp kalu ajar kelas atas2 ni penat nak menjawab soalan student je la tapi best sbab dorang more focus time kita mengajar..
**luahan bekas cikgu subjek sejarah Form 1,3, 4 & 5 SMK tahun 2014-2015 |
|
|
|
|
|
|
|
bagus je bila campur2 dlm 1 kelas ni...
sbb nnt ada semangat nk bersaing...cikgu pun tkde lh pilih kasih sgt
klu tk dl kelas blkng tu dh lh kurang pandai, cikgu ajar pun nak tk nk je....kesian sbb bkn smua tk blh diajar cuma kena tumpu lbih tp bila dh diasing kn cikgu2 yg mmg bagus smua ditugaskan kelas 1&2, yg kelas2 blkng byk cikgu2 baru2
yg kelas 1 & 2 kemain cikgu pulun kasi gilap sungguh2 siap kelas tambahan lg
skrg ni nak tak nak cikgu kena lah tumpu sama rata.................. |
|
|
|
|
|
|
|
i as a parent, i setuju tiada pengasingan kelas. Sekolah bukan la utk academic semata, tp satu tmpt utk anak2 membentuk keperibadian masing2.
Even anak i pon dah pandai memandang rendah pada budak2 kelas belakang. Cikgu2 pon dalam konon nya bg motivasi terselit jugak statement "yang penting kamu semua tidak masuk kelas sekian2" |
|
|
|
|
|
|
|
tak setuju...budak kelas hujung2 ramai yg nakal ,yg darjah 1 dah cakap F**k..bagai...kita ni berbuih mulut pesan ke anak..hujung2 ikut anak org lain pulak...esp anak boy,mmg cepat pick up...
Kita ni bukan main bergaduh ngan anak tak bagi gadget..mak pak mls senang2 bagi gadget..ikut bukan2..belajo mls...pastu mix ngan anak kita...
Anak i pun ade yg tak berapa la pandai sgt...tp i balik kerja,walau sikit lagi nak mampus atas katil dgn jem nye,dgn laponye...gigih ngajo anak2...at least bukan 2/3 kelas belakang..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah anak i dah implement start awal 2018 hari tu. Anak i asyik balik mengadu kawan2 dia yang asalnya dari kelas belakang sebelum ni suka buat kacau dalam kelas. Pastu bila belajar cikgu asyik ulang benda asas sebab ada murid yang tak faham. Last2 matematik dengan sains tak habis belajar sampai hujung buku teks.
I still rasa pengasingan kelas tu perlu supaya cikgu boleh fokus mengajar ikut kebolehan student, especially kalau dalam satu2 kelas tu studentnya sampai dekat patploh orang. I mengadap anak 3 orang pun boleh serabut dengan perangai anak yang macam2 pesen, ni kan pulak cikgu nak hadap kelas yang penuh macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
X setuju,pngalaman aq yg tpksa tukar sekolah dari first class masuk third class sebab first class kt sekolah baru 2 dh penuh,sanggt berbeza kut..dngan syllabus yg slow n project paper sume buat last minit,dyorg yg lain xkisah pon nk homework n hantar bagai...
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. nak abolish concept diskriminasi, kelas dan perbezaan layanan eh..
implementing Egalitarianism? Equality of Opportunity?
let see where this goes.. tengok kanak-kanak, remaja ni semua membesar nanti macam mana.. this is quite a big turn
ye la, rakyat Malaysia dah deeply rooted dengan idea dan concept,
mengasingkan mereka yang mampu dan tidak mampu, can and cannot, could and could not,
yang bawah di hina, know your place, yang atas di sayang, you deserve it
this is more than teaching, education, markah peperiksaan anak-anak, no
this is bigger than all of those.. ini mengubah concept, system masyarakat Malaysia
mengubah mentaliti, persepsi, intelectually and emotionally,
mengubah dari sekolah, mengubahnya, dari yang muda.. melentuh buluh dari rebungnya
seram sejuk bila pikir, tapi exciting
goodbye old system.. hello new world
harap-harap nyawa masih panjang hendaknya, dapat tengok hasil
sebab kalau dilaksanakan, earliest pun around, 5-10 years time kan? 15-20 years confirm
new generation with new ideologies
yet again, kalau dilaksanakan la
sebab suara rakyat Malaysia lantang didengari, maybe they take a turn,
"Kita akan kaji semula.." |
|
|
|
|
|
|
| |
|