View: 2317|Reply: 7
|
Anak Kambing Didakwa Syaitan Mutan, Badan 'Separuh Manusia Dan Separuh Khinzir'
[Copy link]
|
|
Seekor kambing yang melahirkan satu makhluk aneh menyerupai 'separuh manusia dan separuh khinzir' telah mengejutkan seorang petani.
Josephine Repique, 40, memberitahu, kambing biri-biri itu melahirkan anaknya pada awal bulan di sebuah ladang kecil di Sultan Kudarat, Filipina.
Foto: Viral Press
Viral Press melaporkan, seekor anak kambing dikeluarkan melalui caesarian namun seekor lagi makhluk ganjil yang dilahirkan telah mencetuskan rasa seram.
Haiwan tersebut lebih besar saiznya daripada anak kambing dan mempunyai kulit merah jambu berkilat.
Ia juga mempunyai kaki seperti khinzir dan pusat seperti manusia.
Repique berkata, "Kami terkejut. Kami tak dapat menjelaskan bagaimana ia kelihatan seperti itu. Semua jiran kami datang untuk melihatnya."
"Malangnya, ibu dan dua anak kambing yang lain mati, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa makhluk itu adalah 'syaitan mutan' yang membawa nasib yang buruk.
"Tiada siapa yang tahu apakah ia, tetapi bukan kambing. Ia menakutkan. Kami semua tertanya-tanya mengapa ia berlaku dan jika petanda buruk."
Foto: Viral Press
Bagaimanapun Dr Agapita Salces dari Institut Sains Haiwan Universiti Filipina yakin yang haiwan tersebut mengalami mutasi genetik dalam rahim.
"Ini mungkin kes mutasi genetik. Kemungkinan juga ibu kambing itu menghidap penyakit yang dikenali sebagai demam Rift Valley akibat gigitan nyamuk dan ini menyebabkan perkembangan anak kambing terjejas." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DennisTrillo at 22-11-2018 07:12 PM
Maha suci Allah... kun faya kun |
|
|
|
|
|
|
|
berevolusi kot...tu kena tanya etis2 menggeletis..depa lebih tau bab2 evolusi ni....wakakakkakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ibu dengan 2 anak kambing mati. Makhluk tu survive ke atau mati jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa kambing la tu
Albino kot |
|
|
|
|
|
|
|
sape yang caesarkan ibu kambing? tah2 mati sebab tak bertauliah |
|
|
|
|
|
|
|
sapa la yg merogol kambing ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dh x pelik kot.. sbb mcm dh selalu je kambing melahirkan anak mutasi genetik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|