CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2759|Reply: 17

Budak 12 Tahun Antara Dicekup Berkhalwat

[Copy link]
Post time 22-11-2018 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun antara ditahan berkhalwat, lapor Harian Metro.


Pengasas Skuad Badar, Azhar Mohamad berkata, seramai 70 pasangan bawah umur daripada 270 pasangan berkhalwat ditahan sejak Jun tahun lalu sehingga Oktober lepas di Sungai Petani.




Gambar Hiasan




Menurutnya, kanak-kanak terbabit ditahan berkhalwat dengan lelaki berusia 30-an.

“Seramai 200 pasangan berkhalwat di dalam hotel bajet dan bakinya kita menahan mereka melakukan maksiat di luar hotel seperti di taman dan juga di dalam kereta.

“Hasil risikan juga mendapati kegiatan maksiat di tempat terbuka dan hotel bajet berkurangan.

“Bagaimanapun, masih ada lagi dikesan melakukan maksiat itu, malah mengubah kegiatan itu pada waktu petang,” katanya dalam satu sidang media.


Menjawab tuduhan yang mendakwa kumpulan itu bertindak keterlaluan dalam menahan pasangan berkhalwat, Azhar berkata, pihaknya  melakukannya bagi tujuan memberi kesedaran.

“Ramai mendakwa kami mendapat surat kebenaran polis. Tidak, ia hanyalah laporan polis yang dibuat kami sebelum melakukan operasi. Kami masuk hotel kami minta kebenaran pihak kaunter.

“Isu kami bawa pasangan ke kubur yang dikatakan keterlaluan sebenarnya tidak. Dalam Islam, kubur adalah pengakhiran kepada kehidupan. Kita bawa mereka untuk menyedarkan mereka,” katanya yang menegaskan pihaknya akan memaklumkan kepada ibu bapa pasangan yang dicekup untuk tindakan selanjutnya.


Sekiranya ditahan buat kali kedua, pasangan berkenaan akan diserahkan kepada pejabat agama.

"Setakat ini, hanya tiga kes sahaja pasangan ditahan kali kedua.

“Malah, terdapat sembilan pasangan yang ditahan Skuad Badar akhirnya berkahwin dan mereka ini sendiri menjemput kami menghadiri majlis mereka,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
12 tahun dah pandai dek? minta dijauhkan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp lahh keputusan upsr bdk tuh kann??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
12 tahun akak tgh main batu seremban dik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
12 tahun tu bukan khalwat. Tu dah kira kes rogol tu. Statutory rape. Gila ke apa budak kena tangkap khalwat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg. Kali ni i sokong skuad badar wpun x berapa suka dgn dorang..

Celaka pedo 30thn jdkan kanak2 12thn mangsa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2018 09:18 PM | Show all posts
umoq 12 tahun kanak2...wakakakakakakakakaka

hayati sains sohabat2 ku semua...wakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 09:42 PM | Show all posts
kenapa dari dahulu lagi Sg Petani ni mmg tak habis2 dengan kes2 khalwat?
rasanya mesti wartawan HM pun berkampung dah kat sana ceduk berita dari jabatan agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dah birah kau dekk
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhh giler bawah umur
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah tak caya laa.. gimik je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:31 PM | Show all posts
ntah2 si 30 tahun geng yg nak check bijik kelentit pompuan melayu sunat ke tak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:32 PM | Show all posts
Ya Allah, apa nak jadi dengan tamadun manusia skang ni??aku umo 12 tahun masih main beskal, rondes n galah panjang weyh..walaupun main ngn dak laki xde la sampai pkir ke arah sex..hmmmm..

mohon dijauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 05:25 PM | Show all posts
speechless.. semoga keturunan & family kita semua dijauhkan dari benda2 camnie.. amiiinnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:22 PM | Show all posts
12thn? UPSR 2 dek... alahaiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni dorg tukar waktu pulak, pukul 8 pagi buat projek, sbb pukul 8 pagi org gomen br nk punch card, g bekfes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 05:50 PM | Show all posts
dekk oii...spenda pon pak hg tlg beli....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ni la bahana wichat...mak bapak hg xkisah ka hg kluaq rata ceruk xpemantauan org2 tdekat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.088541 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list