Ramai rakyat negara ini yang lantang bercakap mengenai Malaysia baharu dan perubahan-perubahan besar yang perlu dilakukan agar negara mencapai tahap negara maju sebagai mana yang diinginkan. Tetapi apa yang menyedihkan, mentaliti rakyat masih berada di kelas ketiga yang mana mereka masih berfikiran cetek dalam hal yang remeh temeh.
Kredit foto: Google (Gambar hiasan)
Mungkin sudah muak dengan laungan Malaysia baharu sedangkan sikap netizen sendiri masih ditakuk lama, seorang artis dan pengacara hebat, Aznil Hj.Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah memuat naik satu status di akaun twitternya. Dia mengecam sikap segelintir netizen yang masih berfikiran sempit tetapi sibuk bercakap tentang Malaysia baru yang mungkin mereka sendiri tidak memahami apa maksud sebenarnya.
Pemikiran rakyat pun masih kuno
Nampaknya, ramai netizen yang bersetuju dengan status Pak Nil. Mengapa tidak? Rakyat hanya mahu melihat perubahan besar yang boleh dilakukan oleh para pemimpin dalam usaha memajukan negara sedangkan diri sendiri masih berfikiran sempit. Sudah tentu apa yang dirancang tidak akan berjaya dan mencapai objektif Malaysia baharu.
Jika nak disenaraikan memang banyak!
Netizen turut menokok tambah sikap dan kelakuan negatif yang masih menjadi amalan rakyat negara ini. Jika hendak disenaraikan kesemuanya, memanglah banyak. Sepatutnya masing-masing boleh berfikir yang mana elok dan tidak elok serta menghormati antara satu sama lain. Betul tak?
Buat sajalah sesuatu itu dengan ikhlas
Bagi netizen ini, sama ada Malaysia baharu atau tidak, ia bukanlah suatu isu. Ini kerana, amalan yang baik sepatutnya diamalkan selalu tanpa mengambil kira negara ini berada di bawah kepimpinan mana-mana parti. Melakukan nilai-nilai positif dengan ikhlas dan mengharapkan ganjaran daripada Allah adalah lebih baik.
Jadi, apa kata kita sendiri yang perbaiki diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dan positif dalam diri selain menuding jari mencari kesalahan atau mengharapkan perubahan pada orang lain. Jika masing-masing sudah mencapai tahap pemikiran kelas pertama, sudah tentu Malaysia baharu yang dilaungkan itu dapat dicapai dengan mudah. Setuju tak? - CARI |