Wah, siapa sangka ada boy band terkenal era 90-an berminat bekerjasama dengan As’ad Motawh!
Foto: IG As'ad Motawh
Siapa masih mendengar lagu daripada kumpulan terkenal era 90-an seperti 911 yang sebaris dengan Backstreets Boys, Nsync dan Westlife?
Bagi peminat kumpulan yang popular dengan lagu Don’t Make Me Wait itu, mereka menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan penggiat muzik Malaysia!
Foto: Hangat.com
Malah, salah seorang ahli kumpulannya, Simon 'Spike' Dawbarn kini berada di Malaysia selama enam hari bagi menjalinkan kerjasama dengan mereka yang sudi membuka ‘ruang’ menerusi syarikatnya iaitu Alstar Music, lapor Hangat.com.
Menurut portal itu, Spike juga berkunjung ke Malaysia bagi mencari bakat baru untuk digilap di pentas antarabangsa. Difahamkan, tawaran ini terbuka kepada sesiapa saja yang berbakat dan berminat.
(Dari kiri) Jimmy Constable, Lee Brennan dan Spike Dawbarn
Foto: MODE ENTERTAINMENT
Dalam temu bual bersama Hangat.com, Spike seolah-olah memberi gambaran bahawa dia berminat dengan As’ad selepas mendengar bakat penyanyi remaja itu yang bukan saja dikenali di Malaysia, malah turut mencipta nama di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Menurut Spike, dia sudah bertemu bapa As’ad dan berharap agar mereka sudi menerima 'lamarannya' itu.
Foto: As’ad Motawh
Adakah As’ad akan menerima lamaran 911 yang dianggotai Lee Brennan, Jimmy Constable dan Spike itu? - CARI
|