"Saya tidak terasa apa-apa dengan komen yang ditulis oleh Kak Ogy. Saya hormati pendapat dia. Dia primadona siapa yang boleh lawan lakonannya."
Juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Noryn Aziz tidak terasa hati dengan komen pedas diberikan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy terhadapnya ketika mendendangkan lagu bergenre dangdut, Cinta 100 Percent.
Memetik Kopi Planet, Ogy mendakwa suara Noryn kedengaran seperti seorang transgender ketika mendendangkan lagu berkenaan.
"Sebenarnya, kami dah berhubung di telefon dan dia memang banyak mengajar dan memberi tips kepada saya untuk mempelbagaikan persembahan ketika menyampaikan sesebuah lagu itu.
"Kami siap gelak-gelak lagi, memang saya tidak ada masalah dengan Kak Ogy," katanya kepada KopiPlanet.com.
Sementara itu, Astro GEMPAK melaporkan Noryn berkata dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan.
"Antara kami memang tiada apa-apa masalah dan saya tak mahu membesarkan perkara ini. Saya hanya mahu memberikan tumpuan kepada GV5 sahaja. Saya sangat menghormati Kak Ogy," katanya kepada GEMPAK.
Noryn yang dinobatkan sebagai juara membawa pulang wang tunai RM100,000 tajaan Astro, penginapan di Royale Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Kredit foto: IG Noryn Aziz
Pada konsert final GV5, Noryn mendendangkan lagu Laskar Cinta dendangan asal kumpulan Dewa 19 dalam segmen duet bersama Awi Rafael, manakala di segmen battle dia menyanyikan lagu rap Where is The Love bersama Dia Fadila(Black Eyed Peas).
Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Noryn! - CARI
|