|
Ada-ada sahaja ahli politik zaman sekarang.
Terbaharu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berlakon dalam sebuah filem bertajuk Buntat.
Memetik Sinar Harian, hal tersebut dikongsikan oleh Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh menerusi laman Facebooknya, Ahmad Faizal.
Dikatakan Ahmad Faizal akan membuat penampilan khas dalam filem yang masih dalam penggambaran.
Kredit foto: NST
“Penampilan istimewa Datuk Seri Peja Azumu dalam sebuah filem arahan pengarah popular tanah air, Sabri Yunus dan turut membariskan pelakon berpengalaman seperti Imuda dan lain-lain.
“Hampir semua lokasi penggambarannya di tempat-tempat menarik di Perak,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan beliau menyanyi di sebuah majlis pelancaran penerbangan. - CARI |
|