CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7963|Reply: 31

Kisah seram misteri dari adik ipar

[Copy link]
Post time 19-11-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
salam... aku nak cerita kisah adik ipar ku (lelaki) yang bole melihat makhluk halus
dia ade kebolehan tu dari kecik so dia da tak heran la kan klu jumpe pon so nak dijadikan cerita masa kitorg baru pindah dari flat lama ke flat baru kat kl ni dia suda ternampak la kak lang suyar terbang.flat ni dikatakan agak lama kosong sebelom kitorang pindah secara beramai ramai ke sini.

cite dia begini..satu malam tu adik ipar,adik pompuan aku & mak aku nak g beli barang kat giant. so adik ipar aku drive la. keluar je parking dia nampak ade benda putih terbang betul depan dia. macam dari seberang jalan ke flat. jarak dalam 100 meter.dia ni jenis mulut lepas sikit. dia terjert la cakap ape tu!?? dah mak aku & adik aku pon sama carik ape yg dia terkejutkan tu. tapi pastu dia diam wat bodo.

lepas balik dari giant tu adik aku risik2 la tanye ape yg dia nampak. dia cakap nampak ade benda putih terbang macam langsuir. tapi dia terbang ke arah rumah orang la. entah ade org punye ke atau kak lang sesat. hihii. adik ipar aku kata mungkin ni salam perkenalan la. sekian utk kali ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kisah lain dari adik ipar aku.

masa tu adik aku pregant anak pertama. dorang dapat jemputan ke majlis perkahwinan kawan dorang kat rawang. so pergilah laki bini ni. lupe nak bgtau, kawan dia tu kawen malam.

tengah drive takde hal lagi la. sampai la tiba2 dorang rasa drive lama sangat. pastu jalan tu jadi cam jalan yg xde keta lain lalu. pastu takde signboard. ha sudaahh. adik ipar aku da mula baca2 ayat suci al quran. dia macam da paham la kan klu gini. dah la adik aku bawak budak(pregnant) lagi la dia riso kan.

adik aku cuba buka map nak tgk jalan ni menuju ke mana. hp pulak takde signal. adik aku pelik la. rawang je kot. pahal sampai xde signal macam kat dalam hutan kan. adik aku cuma cakap dalam hati je tadi tu. pastu dia tengok laki dia yg tgh drive ni berpeluh lain macam. laki dia diam je sepanjang jalan yang xtau ke mana tu. adik aku trus bagi cadangan patah balik. takut kite terlepas simpang ke ape ke. dah la xde signboard. dia pon da start cuak.

adik ipar aku pon cari tempat nak u-turn. tapi masih tak bercakap dgn adik aku ape2 pon. dah lama sikit lepas u-turn baru nampak simpang pastu signboard ke destinasi dorang. adik ipar baru la nak borak2 ckit dgn adik aku. pastu dorang sampai la kat umah pengantin tu. makan2 ambik gambo sikit pastu gerak balik.

adik ipar aku ni jenis tak kan cite kejadian seram yg berlaku pada hari yg sama. xtau la dia ade pantang larang ke ape ke. aku syak sbb dia pon takut. so dia bagi rilek tenang2 chill2 pastu baru cite.hahaha

esok tu dia cakap kat adik aku pasni kalau pegi mana2 malam2 awak bawak la paku ke ape cucuk kat sanggul tu.awak kan pregnant.takut ade benda ikut lagii.
LAGI!?? adik aku pon gelabah la cakap nape lagiii.
bile pulak ade benda ikut dia. so,adik ipar aku bgtau la yg semalm sesat tu. kan ade time dia diam je lama. dia cakap ade kak ponti duduk kat seat belakang betul2 belakang adik aku. kak ponti tu tak pandang depan je dengan rambut panjang.dia perasan pon sbb tgk rear mirror tu. past trus dia baca ayat suci dia kata. sbb kan dia cuak pastu tanak adik aku pon cuak sama  tu yg dia diam je. sampai la dorang u -turn tu. dia tgk balik belakang kak ponti dah xde. nasib baik la xde ape yg pelik jadi kat dorang balik tu. aiishhh
aku dapat cite2 ni dari adik aku. kalau nak tunggu adik ipar aku tu sendiri cite. lama lagi. dia malas..hahhaa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kisah lain lagi dari adik ipar aku

ni cerita kat rumah dorang sendiri. adik aku cakap kat umah dia ni kadang2 dengar macam ado orang dlm bilik air sbb air pancut terbuka pastu bau sabun. malam malam la. dia pernah la ajak aku tido umah dia sekali utk rasakan pengalaman tu. memang takk ahhh. hahhaha bodo adik aku tu. kalau dia nak kena kan aku pon tayah la bagitau awal2 kan. hahhaha

so nak di jadikan cerita..adik ipar aku tu seorang yg suka tido lambat. dia main game la tgk bola la tgk muvie la walaupon esok dia keje pagi. so satu malam tu lepas dia dah abes aktiviti game dia tu dia tertido kat hall. dia tak masuk bilik la. maybe dia ngantuk sangat kan. dalam jam berapa entah dia tersedar, hall memang gelap gelita la. dapur je terang. so dia nampak ade benda duduk bertenggek kat meja makan tu. dia nye meja makan dekat dengan tmpt dia tido tu. umah flat kan. hall dgn dining satu tempat. so dia perati je benda ape kat meja dia tu. dia ingat bini dia (adik aku) pastu benda tu macam makan sesuatu. dengar bunyii sluurrpp sluurrpp
adik ipar aku biarkan je. sambung tido.


esok tu dia cakap kat adik aku basuh semua pingan2 cawan2 atas meja. kasi clear. lain kali makanan atas meja semua tutup dengan tudung saji atau da abes makan nanti kemas meja. adik aku tanye la nape. dia pon bgtau malam tadi dia nampak ade benda makan kat meja. masalah nye benda tu macam mencangkung. pastu dia kata dengar la bunyi org tgh makan. haiishh. aku cakap ni lagi seram dari dengar orang tgh mandi kat bilik air sbb nampak live kan. adik ipar aku tak reti nak describe menatang ape tu. tapi dia kata itam. aku cakap la memang la itam sbb gelap. dia kata tak. kan ade lampu dari dapur. meja makan betul2 sebelah dapur. maknenye kalau keluar dapur tegak je meja makan. benda tu pulak membelakangkan dia. nampak la itam je.

adeehhh..aku tak pernah lagi tido kat umah dia..walaupon aku peminat kisah seram tapi aku tak berani la nak take the challenge..hahhahha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Makcik_bawang at 19-11-2018 06:58 PM
amyfiq replied at 19-11-2018 03:38 PM
kisah lain lagi dari adik ipar aku

ni cerita kat rumah dorang sendiri. adik aku cakap kat umah di ...


Sebab tu ustaz pesan sebelum tidur make sure dapur dah kemas. Takde sisa makanan. Pinggan mangkuk semua make sure basuh. Jin/iblis suka benda2 sepah semak gitu. Adik ko pun kantoi pemalas. Apa daaa makanan bior je atas meja. Jangan kata terrrrlupa. Bab kebersihan ni takde kena mengena dgn minda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik_bawang replied at 19-11-2018 06:57 PM
Sebab tu ustaz pesan sebelum tidur make sure dapur dah kemas. Takde sisa makanan. Pinggan mangku ...

hahaha yela kott malas la tuu
takut atas meja tu ade lauk2 faveret benda tu
tu yg dia singgah sat hihuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
amyfiq replied at 19-11-2018 07:02 PM
hahaha yela kott malas la tuu
takut atas meja tu ade lauk2 faveret benda tu
tu yg dia singgah sa ...

Ya betul. Lepasni pesan lah kat adik.. sebelum tidur,, make sure buang sisa makanan. Kalau ada makanan lebih,, simpan elok2. Pinggan mangkuk periuk kuali kasi cuci. Tu ustaz/ustazah yg pesan. Bukan saya. Hihi. Sekadar perkongsian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2018 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik_bawang replied at 19-11-2018 07:42 PM
Ya betul. Lepasni pesan lah kat adik.. sebelum tidur,, make sure buang sisa makanan. Kalau ada mak ...

baikkk makcik hahaha good info tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 04:52 PM | Show all posts
adik ipar tu taknak tutup je hijab dia? huhu scary doh..tt kalau dalam kereta untuk elakkan gangguan selain baca doa menaiki kenderaan, cuba baca surah as-saffat ayat 1-7..mek dapat info ni dari thread Tetamu Tak Diundang..perkongsian dari chef mizan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 21-11-2018 04:52 PM
adik ipar tu taknak tutup je hijab dia? huhu scary doh..tt kalau dalam kereta untuk elakkan gangguan ...

tak tanye pulak pasal nak tutup hijab huhuuu
in shaa allah sama2 kite beramal
tq mek
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 06:42 PM | Show all posts
amyfiq replied at 21-11-2018 06:04 PM
tak tanye pulak pasal nak tutup hijab huhuuu
in shaa allah sama2 kite beramal
tq mek

No problem..teruskan bercerita okey.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 21-11-2018 06:42 PM
No problem..teruskan bercerita okey.

ok nnt sambung lagi
hehe tengah nak ingat balik ape cite cite adik ipar tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2018 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung kisah lain dari adik ipar ku
adalah dalam seminggu koridor umah aku takde elektrik. so sape2 yang balik malam memang gelap gelita la jalan nak masuk umah dari depan lif tu. umah aku paling ujung,so dari dalam lif da standby on torchlight kat fon hahaha.

nak dijadikan cerita, adik ipar n adik aku ni bawak la anak2 dorang datang umah aku. ni lebih kepada melepak la. makan2,nak bagi mak aku dgn ayah aku main dengan cucu2 la. mak aku ni pulak suka lepak kat luar umah yg gelap tu. konon2 nak ambik angin malam.

so, lepas dah puas lepak kat umah aku, family adik aku ni nak gerak balik la. sempat lagi bergurau gurau kat depan umah dgn anak2 buah aku tu walaupun gelap dorang bukan takut pon. main je ingat haha. adik ipar aku tibe2 tanya mak aku, mak selalu ke lepak luar ni? mak aku cakap bole tahan la. sejuk kat luar ni. pastu adik ipar aku cakap tak elok mak lepak luar gelap2 ni. baik mak masuk. time dia cakap tu aku takde. so mak aku pon dengar la cakap dia. tapi tak fikir ape2 la.

esok tu adik n adik ipar aku trus memgadu kat ketua flat aku tu untuk hidupkan balik lampu kat koridor umah mak aku tu. begitu efficient sekali mereka. aku yg duk dgn mak aku pon tak buat ape2. hahaha. dorang kata bahaya la xde lampu tu kang jadi jenayah la maksiat dan perjudian D7 la. tapi sebenarnye ade benda lain yang di cuak kan adik ipar tu. hihi.

so lepas aduan tu, dalam 2 3 malam tu ade la balik lampu luar tu. kembali bercahaya gituuww. lampu lip lap dipasang sebagai tanda meraikan kedatangan cahaya. cewaahh.

family adik aku ni datang lagi umah aku nak tengok bola kot malam tu. so macam biase la, anak2 dorang akan main2 macam umah aku playground. tibe2 adik bgtau mak aku, mak mak tau tak menantu pon nampak ade benda bertenggek kat umah cik melah kat depan tu. mak aku macam haaaaa!!?? benda ape anak kuuu.... adik aku ckp xtau benda ape tapi hitam berbulu besarrr saiz dia. haaaaa...mak aku sudah cuak la. yg laagi pelik. apekah makhluk itu penjaga umah cik melah?jeng jeng jengggg
cik melah jiran aku tu dah lama tak stay situ lepas anak dia menghembuskan nafas terakhir kat umah tu. dia macam trauma nak stay situ. umah cik melah ni memang berhadapan umah aku. jarak dalam 5 meter. ade tembok la kat depan umah masing2. so kalau sidai kain ke bersandar kat tembok tu sambil2 borak kan.

pastu mak aku tnye la dah lama ke benda tu duk bertenggek. adik ipar aku kata entah. tapi malam yg xde lampu tu first time dia nampak benda alah tu. huhuu. dia kata benda tak kacau xpe la. tapi sbb gelap kot dia ade kat situ.

sejak itu, mak aku tak berani nak buat ape2 kat luar umah aku tu walaupun lampu lip lap sekali terpasang. aku suka la nak kaco mak aku. aku cakap klu dia hai mak, mak hai la dia balik. hahha. mak aku cakap kepala hotak kau. hahaha
sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dah mcm filem hijab ,terbuka mata ketiga ke apa tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaCitra replied at 25-11-2018 09:58 PM
dah mcm filem hijab ,terbuka mata ketiga ke apa tu..

haaa dia memang terbuka hijab dah tu
tapi dia jarang nak cite sangat kalau dia nampak kecuali benda tu membahayakan
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
saya rasa mcm sy pun selalu terbuka mata ketiga neh,
Last miggu lepas,,mgkin dia suka kt sy kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaCitra replied at 26-11-2018 09:20 AM
saya rasa mcm sy pun selalu terbuka mata ketiga neh,
Last miggu lepas,,mgkin dia suka kt sy kot

benda tu saje nak test kot hehe
cite la sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
amyfiq replied at 27-11-2018 06:53 PM
benda tu saje nak test kot hehe
cite la sis

Nk test? hmm,rasanye.......
Minggu lepas sy balik kg,rumah kt kg mmg takde org duduk,since semua dok KL,biasala umah tinggal agak lama,berhabuk dan berkulat sana sini,sy sampai malam,balik sorang je,sebab ada kerja,,rasa lain mcm je hati ni,tapi takpe la tabahkan hati jugak,takkan nk gi menumpang umah jiran kot,lgipun jiran agak jauh,jadi sebelum tidor sy cuba tenangkan diri dan bc yassin,harapnye takder pape gangguan lah..
dah tido tu,tiba tiba sy terjaga,mungkin antara sedar dan tidak kot,tapi mata boleh nmpak sekeliling,bilik gelap je,lampu kt luar samar2 masuk,saya trnmpak macam seorang lelaki berdiri kat luar kelambu,pastu dok perhatikan saya,sy dah menggeletar satu badan,dok pk,,ish,tadi sebelum tido rasa dah check sume pintu n tingkap,kot mana plk lelaki ni masuk,ntahkan penyamun ke,perogol ke,mcm nk tercabut jntung dah ni.......di hujung kaki katil tu ada almari,ada cermin besar gak,,tiba2saya terpandang mcm sister sy dok berdiri depan cermin then tgh main main dgn rambut dia (dia memang selalu mcm tu kalau ada kat umah ) pastu sy terfikir mana ada sapa kt umah ni,saya sorang je,bukan dia dah ni....sy terkumat kamit cuba bc ayat kursi,sumanya jadi tak ingat dan mcm tersasul je,,dah berpluh pluh satu badan,leher rasa mcm kena cekik aje,last terkeluar gak la...Allaaah ,dari mulut tiba2 sume tu hilang mcm tu,,,adooii,letih betul dok berlawan ngn benda tu,,,sy bc 3 kul dah ludah kekiri,tgok jam dlm 4 pagi ......
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
amyfiq replied at 27-11-2018 06:53 PM
benda tu saje nak test kot hehe
cite la sis

Then bnyak lagi la yg pnh saya alami,,,,dari kecik lgi memang selalu nmpak,,cuma alhamdulillah tak pnh lagi kena histeria ke apa ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaCitra replied at 27-11-2018 09:46 PM
Then bnyak lagi la yg pnh saya alami,,,,dari kecik lgi memang selalu nmpak,,cuma alhamdulillah tak ...

fuuhhh seram jugak tu sis
bile kite tau kite sorang pastu ade yang mengekor..adoiii laa
cite je lagi sis
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tu la,nasib baek tak histeria ke apa ke,kalu tak mmg naya sensorang je......

Ni satu lgi pengalaman ,sy rasa antara yg pling lama sy berhadapan dgn benda tu,,,dulu sy kerap gak pindah umah,kadang dapat bilik yg agak sempit,kdg dapat bilik yg agak luas,,klu dpt bilik agak luas,mak mesti nk tumpangkan almari baju adik2,so kerap la dorang masuk bilik nk amek pakaian,walaupun sy tak happy masa tu,sbgai sister bertabah aje lah...
,,adik sy ni dia belajar kt sekolah tahfiz dekat umah,jadi kerap la jugak balik umah nk ambil barang,,ada satu malam tu,sekitar jam 11,,sy dah siap nak tidor,tutup lampu bilik,,masuk kelambu then baring2 sambil berangan la kan,sebelum nk lelap...adik balik,dia masuk bilik nk amik barang,masa dia masuk tu saya nampak macam dia masuk 2 orang,,saya fikir mungkin adik balik dgn kawan dia kot....jadi sy pesan la suh tutup balik pintu masa keluar,,tapi sy mcm terperasan,adik kluar sorang je,yg kwn dia tu tak keluar...tetiba sy rasa lain mcm,bulu roma meremang..nk gerakkan badan tak berani,jdi sy cuba perhatikan dgn hujung mata aje la,,nmpk satu lembaga berdiri agak jauh dari saya,betul2 depan cermin almari....bilik tu agak luas la,boleh letak 2 buah katil queen then beberapa buah almari ,,so katil saya dihujung sini,dia berdiri dihujung sana....dlm dok tkot2 sy terlelap,,lebih kurang setengah jam ,sy trjaga....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.273927 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list