Wan Saiful Wan Jan. Foto: Facebook Wan Saiful Wan Jan
Bertalu-talu nampaknya Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dihentam para netizen.
Semuanya gara-gara kenyataan yang dikeluarkan beliau dalam laman Facebook pada 17 November berhubung bayaran balik pinjaman PTPTN.
Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyalahkan UMNO yang didakwa tidak peduli dengan masa depan anak bangsa jika PTPTN tidak diuruskan dengan baik.
Akibatnya, beliau ditempelak netizen yang meminta Wan Saiful menghentikan perbuatan menyalahkan pihak lain serta jangan banyak bercakap dan sebaliknya, mencari jalan untuk menunaikan janji yang ditabur Pakatan Harapan (PH) berhubung pemansuhan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Kredit foto: FB
Manakala, seorang lagi netizen mengungkit tentang janji PH untuk menangguhkan kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga peminjam beroleh gaji RM4,000 sebulan.
"Kenapa masa itu janji sebegitu walaupun kerap kali ketua Tuan cakap hutang negara banyak, negara hendak muflis," katanya.
Memanglah hutang wajib dibayar, tetapi lain kali janganlah menabur janji yang bukan-bukan kepada rakyat. - CARI |