Orang kata, melalui wajah dapat menggambarkan pelbagai ekspresi seseorang. Ini kerana, ekspresi wajah boleh menjadi salah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang mana dapat mempamerkan emosi seseorang kepada orang yang melihatnya tanpa perlu berkata-kata. Itu normallah, kan? Yang menjadi tanda tanya ialah apabila ada orang yang dapat mengenal pasti seorang wanita itu masih dara atau tidak dengan hanya melihat raut wajahnya. Benarkah?
Seorang pengguna twitter ini telah memuat naik status menyampah dengan komen seorang wanita tentang dirinya. Wanita itu dengan tiba-tiba bertanyakan sama ada dia masih dara atau tidak kerana melalui penglihatannya, dia sudah tidak dara lagi. Hebat betul wanita tersebut kerana dapat membaca melalui air mukanya!
Soalan kurang ajar!
Beberapa orang netizen berpendapat soalan tersebut seperti kurang ajar kerana ditanya dikomen terbuka. Soalan sensitif yang melibatkan aib dan maruah seorang wanita tidak wajar ditanya secara terbuka. Jika perlu tahu sekalipun, hantar sahaja pertanyaan ke mesej peribadi.
Apa ilmu yang dia belajar?
Netizen juga berasakan soalan sebegitu agak berbahaya dan entah apa tujuan wanita tersebut bertanyakan tentang status dara wanita lain. Macam pelik pula kan? Adakah wanita tersebut mempelajari apa-apa ilmu tentang riak wajah sehingga dia mampu untuk mentafsir perihal dalaman orang lain?
Abaikan...sekadar ingin perhatian
Apa-apa pun, mungkin tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Netizen tahu wanita tersebut hanya menggunakan ???fake account??? yang mana sekadar inginkan perhatian. Jadi, netizen menasihatkan agar wanita ini mengabaikan soalan tersebut dan tidak perlu mengambil serius tentang hal itu.
Jadi, tidak perlulah hendak menyibuk dan mengetahui hal orang lain yang langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah. Lebih baik menjaga aib dan maruah diri sendiri daripada membuka aib dan mencari kesalahan orang lain. Setuju tak? - CARI |