CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4822|Reply: 22

AirAsia Hentikan Penerbangan! Ini Respon Penduduk New Zealand

[Copy link]
Post time 15-11-2018 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat penerbangan AirAsia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menggantung penerbangan ke New Zealand untuk menumpukan fokus utama terhadap pasaran Australia, China, Jepun dan India.




Kredit foto : airasia.com




Ini merupakan kali kedua penerbangan ke New Zealand dihentikan dalam masa tujuh tahun. Terdahulu, AirAsia pernah menjadikan Christchurch, New Zealand sebagai salah satu destinasi penerbangannya sebelum menghentikannya.


Susulan pengumuman itu, ramai penduduk New Zealand memberi reaksi berbeza terhadap isu tersebut.


Pengguna Facebook berkongsi pengalaman buruk mereka sepanjang menaiki penerbangan bersama AirAsia dan mereka berasa lega dengan keputusan syarikat tersebut.







Sumber : Facebook Nz herald






Namun, terdapat juga komen positif yang mempertahankan syarikat AirAsia, dengan mengutarakan isu tambang murah yang ditawarkan syarikat berkenaan.







Ada juga yang mengatakan mana-mana syarikat penerbangan terbaik sekalipun, boleh menjadi penerbangan terburuk mengikut pengalaman masing-masing. Maka, AirAsia tidak patut dipersalahkan.











AirAsia di dalam temu bual terdahulu menyatakan penduduk New Zealand biasanya hanya menggunakan perkhidmatan yang mereka telah biasa gunakan dan percayai sahaja. Maka tidak hairanlah jika ia tidak membawa keuntungan besar buat syarikat AirAsia.


Apa-apapun, AirAsia sememangnya sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang hebat dan berdaya saing. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan pencapaian AirAsia. Semoga AirAsia dapat terus menawarkan kadar tambang murah sesuai dengan tagline Now Everyone Can Fly. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 09:53 AM | Show all posts
ruang tempat duduk airasia memang tak sesuai utk size badan dorang, dah byk kali aku tengok sendiri....dorang duduk mengiring sebab lutut tak muat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau apa saja kata diorang yang penting " air asia x " menang best low fares airlines utk beberapa tahun berturut2. Ini membuktikan sesuatu disebalik apa kata2 negatif
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh dah cease the route ke? Sayanglah fare AA mmg murah. Sapa nak ke NZ lepas ni menabunglah dari sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 15-11-2018 09:53 AM
ruang tempat duduk airasia memang tak sesuai utk size badan dorang, dah byk kali aku tengok sendiri. ...

oo ye ke. patutla diorg komplen hahahhaa. Sbb kapal terbang ni utk org asia :p kene bgtahu diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:14 AM | Show all posts
zulka replied at 15-11-2018 09:53 AM
ruang tempat duduk airasia memang tak sesuai utk size badan dorang, dah byk kali aku tengok sendiri. ...

orang asia sendiri pon muat2 jer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2018 11:17 AM | Show all posts
Sesetengah orang kadang tetap tak faham dengan konsep tambang murah sebab tu akhirnya suka bandingkan tambang murah dengan premium airline biasa.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:23 AM | Show all posts
rosasen replied at 15-11-2018 11:14 AM
orang asia sendiri pon muat2 jer..

betul..aku sendiri pun kena kena gantung lutut..takleh nak lunjur sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi makcik pakcik bawang new zealand.. ngumpat ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tempat duduk sempit gila ditambah caj2 luggage mahal. naik firefly takde pun caj walaupun terlebih kg. pramugari mcam kaklimah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita baik,  kena transit oz kan. Bagus lah untuk bisnes aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 05:11 PM | Show all posts
rakyat Melaysia nk pegi NZ jgnlah ambik direct fly, korang stop dulu kat Australia, Melbourne ke then br fly ke NZ. murah je, mcm2 budget flight ada klu taknak Airsia,masa aku study kat Aussie ramai jumpa Malaysians buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 05:50 PM | Show all posts
Acik2 NZ naik route international, lama duduk seat gitu mestilah meragam. KL Kuching pun boleh sakit pinggang gak gak kadang2. Tapi kalau takat KL penang, bersila atas lantai pun I tak kesah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:11 PM | Show all posts
air asia punye seats mmg sesuai utk org asia je yach n utk perjalanan dekat je. utk perjalanan jauh kematu la montot chuols!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
I suka airasia kalau travel dalam malaysia. Sebab butt lebar so tak selesa sangat kalau duduk lama {:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:48 PM | Show all posts
kalau nak selesa pergi ar naik kapal terbang mahal sanjungan ibu pertiwi ko

yang ko hadap naik kapal murah kenapa

yahudi bodoh bab complain no satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2018 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
SG naik g NZ hari tu ok je...stop kat GC...rasa nya more to seat AA yg kecik...utk org kita ok je ... org nz ni badan n bidang mmg besar2 ok...susah nk jumpa yg petite mcm asian...so x pelik laaa depa membawang

Apa2 AA sgt membantu...so for those yg ade duit lebih pegi laa dgn mas or airlines lain...utk org muda yg duit ngam2 but nak travel tgk dunia org lain AA mmg membantu...hope AA akan sambung semula route ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih juga AA stop ke nz...nz sgt best bersih n natural ..cuma cost ground mahal..sbb tu kita try to save kat tiket flight...
Baru plan nak discover selatan nz pulak... nampak gaya kena menabung lebih lagi laaa pasni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 11:10 AM | Show all posts
Kensellah NZ..ge Bandung je...ni ckp org yg rasa ada duit tp tak mampoo lagi..Bestnyalah ge jln2 dgn kwn2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 12:11 PM | Show all posts
baru plan nk p NZ dengan kapalterbang budget...kena menabung lebih sikit lepas ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.318184 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list