CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1672|Reply: 18

[Tempatan] Mengaku rogol kekasih bawah umur

[Copy link]
Post time 14-11-2018 04:48 PM | Show all posts |Read mode
PENUNTUT institut pengajian tinggi awam di Selangor dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini kerana merogol kekasih bawah umurnya sehingga hamil dan melahirkan bayi awal tahun ini.

Hakim Saifulakmal Mohd Said menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Nabil Mohd Zamari, 21 mengaku bersalah merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Desa Sinar Salak, Giching, Sepang pada April 2017.

Muhammad Nabil didakwa menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih selepas berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

Laporan polis dibuat setelah mangsa melahirkan bayi pada Januari tahun ini dan analisis DNA yang dibuat kemudiannya mendapati tertuduh merupakan bapa kepada bayi yang dilahirkan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 3:20 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 10:02 AM | Show all posts
Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih selepas berkenalan menerusi aplikasi WeChat.


wechat lagi?

dh la umur baru 15 tahun dik....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
selayaknya. Dua2 cash layan wechat
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:38 AM | Show all posts
hmmm....bukan rogol nihhh...relaaa je nihh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:43 AM | Show all posts
hurm...nauzubillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
So xambik pt3 la tahun ni budak tu
Bela ank di rumah sj la lps ni...hurmmm
Jaga la diri ank2 oiii...dah jd camni, nyusahkan mak bapak sj
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2018 11:24 AM | Show all posts
Suka sama suka, last-last masuk penjara.
Dah keluar penjara, dicop sebagai banduan perogol.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:30 AM | Show all posts
mieymiey replied at 15-11-2018 11:24 AM
Suka sama suka, last-last masuk penjara.
Dah keluar penjara, dicop sebagai banduan perogol.

selalu nak guna alasan backup mcm ni.. masalahnya yg tua ni bukan taktahu undang2. ke mmg tak tahu?
itu undang-undang manusia.

yg undang2 orang Islam, takkan tak tahu zina tu haram?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka x reti jaga kotey
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:45 PM | Show all posts
duri_durians replied at 15-11-2018 11:30 AM
selalu nak guna alasan backup mcm ni.. masalahnya yg tua ni bukan taktahu undang2. ke mmg tak tahu ...

Masalahnya dah dedua kalah oleh nafsu.
Yang tua tu dah sah-sah bongok.
Dah tau budak tu bawah umur, bukan dia kisah.
Padan la muka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
masih ramai jantan mesia tak tahu ngesek dengan remaja bawah umur dikategorikan rogol sebenarnya. yang perempuan pun sibuk fikir nak couple saja... pakwe ajak itu ini dia ngikut. moga dijauhkan keturunan kita dari gejaka seks dan ansk luar nikah ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 04:00 PM | Show all posts
hurmmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 06:52 PM | Show all posts
mak bapak berhabis wang ringgit tuk anta syoitan ni belajar, alih2 belajar bukan tuk menolong diaorang kelak tp belajar mengesek...hanjing
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok dorang ni taktau ke kalau bawah umur jatuh kes rogol even suka sama suka?
Abes masa depan si laki pompuan dan kemungkinan besar anak tu jugak..
Penatla baca kes gini, tak serik2
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sgt aku dgn dak jntan ni. Dah cikpet garit tu kasi free dgn muka stim, ko ghase?

Plus aku pcy dia x celik bab statutory rape tu.

Islam pun iktiraf impulse jantan ni sampai jamin syurga kalau mampu resist.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:34 PM | Show all posts
buapakperut replied at 15-11-2018 02:14 PM
masih ramai jantan mesia tak tahu ngesek dengan remaja bawah umur dikategorikan rogol sebenarnya. ya ...

memang tak tau lah.

kita2 ni pun banyak belajar dari forum kot....

dulu2 paedophilia tu pun kita rasa maybe okay kalau budak tu dah membirah nak berlaki....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 11:23 PM | Show all posts
mieymiey replied at 15-11-2018 11:24 AM
Suka sama suka, last-last masuk penjara.
Dah keluar penjara, dicop sebagai banduan perogol.

budak pandai pulak tu. what a waste.

aku harap mahkamah dah ambil kira semua faktor sebelum bagi 7 tahun dok dalam habis macam tu je. Tak tau lah kalau lepas keluar dia masih berminat nak sambung belajar atau tukar kerjaya merempit terus....




Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:28 PM | Show all posts
padan muka, sorang 9 bulan bawa perut siap bersalin..
sorang dalam penjara dan disebat..

syok kejap aje, kesan seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 01:56 PM | Show all posts
bercinta dengan budak bawah umur pastu ajak berhubungan intim, dah tentu laaa kena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.200419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list