Masihkah anda ingat akan telenovela Sanay Wala Nang Wakas dari Filipina yang ditayangkan lebih sepuluh tahun lalu? Sudah tentu anda tidak boleh melupakan watak utamanya, Arabella Grace Garcia dan Christian Soriano.
Kredit foto : pinoyexchange.com
Nama sebenar Christian Soriano ialah Jericho Rosales atau nama singkatannya Echo. Suatu ketika dulu, Echo pernah hangat bercinta dengan Kristine Hermosa iaitu heroin telenovela tersebut. Beliau merupakan cinta pertama Kristine, namun kini membawa haluan masing-masing.
Jika anda masih ingat, Echo juga pernah membintangi telenovela Pangako Sayo yang juga mendapat rating tinggi.
Kredit foto : lautanindonesia.com
Selain terlibat dengan bidang lakonan drama dan filem, Echo yang kini berusia 39 tahun aktif menyanyi dan menulis lirik. Echo seorang yang versatil dan berbakat besar, maka tidak hairanlah beliau banyak memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik saban tahun.
H
Kredit foto : IG Jericho Rosales
Sejak berumah tangga, aktor kacak ini dikatakan semakin lama semakin tampan dan bergaya. Beliau berkahwin dengan Kim Jones, seorang model Filipina yang cantik pada tahun 2014.
Beliau juga turut memiliki seorang anak hasil hubungan terdahulu sebelum berumah tangga.
Echo bersama isteri beliau Kim Jones
H
Anak lelaki Jericho Rosales hasil hubungan terdahulu. -Kredit foto IG Jericho Rosales-
Mari kita lihat lebih banyak foto beliau.
Kredit foto : IG Jericho Rosales
Nampaknya, Jericho Rosales semakin kacak sejak berumah tangga. Tidak hairanlah beliau masih mempunyai peminat setia yang mengikuti perkembangannya.
Ayuh tonton video Echo dan Kristine untuk peminat yang merindui mereka. - CARI |