Serba tidak kena.
Mungkin itulah yang dirasakan oleh jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mengenai penglibatannya dalam program hiburan, Gegar Vaganza. Setelah terpalit dengan kontroversi pemberian imuniti, kemudiannya dilabelkan kurang ajar kerana menghina, kini Aliff memberi komen bahawa Forteen tidak patut tersingkir kerana ada lagi peserta lain yang bersuara sumbang.
Menyalahkan juri yang didakwa tidak bersikap adil dalam pemberian markah hingga menyebabkan kumpulan Forteen tersingkir, membuatkan netizen hairan dengan kapsyen tersebut. Siapakah yang dimaksudkan bersuara sumbang? Adakah Aliff kini kesal kerana memberikan imuniti kepada peserta yang salah?
Kredit foto: IG
Biarpun tidak memberi nama peserta yang kononnya bersuara sumbang, namun ramai netizen membuat telahan bahawa Zamani adalah peserta yang dimaksudkan. Hal ini juga mendatangkan tanda tanya, adakah Aliff menyesal kerana memberi harapan kepada Zamani tetapi sayangnya dia tidak berjaya menyempurnakan impian tersebut.
Netizen turut bertelagah sesama sendiri menegakkan pendapat masing-masing, hingga ada yang mengejek Aliff sendiri bersuara sumbang.
Kredit foto: IG
Bagi netizen, Aliff terlalu bersikap menghukum. Jika tidak berpuas hati, tidak perlu meluahkannya di media sosial yang hanya akan menyebabkan pertelingkahan pendapat. Malahan ada yang kecewa dengan sikap Aliff yang suka memberi komen pada bidang yang bukan haknya.
Bukan memudahkan untuk memuaskan hati semua orang. Namun dilihat Aliff Syukri kelihatan mahu lebih fokus terhadap bisnesnya berbanding program sebegini. Adakah Aliff akan muncul pada konsert akhir? Sama-sama kita nantikan. - CARI
|