CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1938|Reply: 8

Anda Yang Ada Masalah Kebotakan Boleh Cuba 10 Jenis Minyak Ini!

[Copy link]
Post time 9-11-2018 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Masalah kebotakan adalah satu mimpi ngeri bagi sesetengah lelaki, apa lagi jika masalah ini muncul ketika usia masih muda.

Suatu ketika dahulu masalah ini selalu dikaitkan dengan usia yang semakin lanjut, tetapi kajian mendapati semakin ramai remaja dan lelaki muda mengalaminya lebih awal.




Kredit Foto: Hair Transplant in Visakhapatnam




Antara punca kebotakan termasuklah genetik atau keturunan, usia lanjut, ketidakseimbangan hormon, jangkitan penyakit, kekurangan zat, ataupun kesan sampingan ubat-ubatan. Kebotakan juga boleh menyerang wanita tetapi lebih kerap dihadapi golongan lelaki.


Jika anda sudah mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan untuk mengatasi kebotakan, tetapi belum berhasil, apa kata cuba 10 jenis minyak semula jadi ini seperti yang disarankan oleh Stylecraze.com.




1. Minyak Kastroli



Kredit Foto: MakemeB




Urutan minyak ini ke kulit kepala dipercayai akan merangsang pertumbuhan akar rambut dengan memperbaiki peredaran darah di bahagian kulit. Ia juga mengandungi lemak sihat yang turut membantu mengelakkan kehadiran kelemumur.  


Panaskan 2-3 sudu minyak ini beberapa saat sebelum dilumurkan ke permukaan kulit. Biarkan semalaman sebelum dicuci.


2. Minyak Kelapa Dara



Kredit Foto: Coconut Oil Malaysia




Minyak kelapa dara mengandungi lemak sihat dan alpha-tocopherol yang mengekalkan kelembapan kulit kepala, sekali gus bertindak menguatkan folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan akar baru. Minyak kelapa dara juga mengandungi antioksidan yang melindungi kulit dan mengawal kerosakan fiber rambut.  


Panaskan 2-3 sudu minyak ini beberapa saat sebelum dilumurkan ke permukaan kulit. Biarkan 4-5 jam sebelum dicuci.



3. Minyak Pudina



Kredit Foto: Life Beyond Organics




Minyak pudina bertindak sebagai anti-allergenik dan anti-inflammatori. Oleh itu, minyak ini lebih kepada rawatan penyakit kulit kepala. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan minyak ini meningkatkan pertumbuhan rambut dalam beberapa minggu sahaja.


Cairkan 2-3 titik minyak dengan air sebelum dilumurkan ke permukaan kulit. Tutup kepala dengan tuala kering selama 20-30 minit sebelum dibasuh.



4. Minyak Biji Labu



Kredit Foto: India MART




Rawatan minyak biji labu sesuai untuk kebotakan kepala jenis androgenetic alopecia yang bermula di tengah kepala. Minyak ini mengandungi keratin dan nutrien lain yang berfungsi membantu menumbuhkan rambut.


Walau bagaimanapun, mekanisma tindak balas nutrien ini masih belum diketahui oleh penyelidik.  


Campurkan satu sudu minyak ini dengan satu sudu minyak zaitun sebelum dilumurkan ke permukaan kulit. Biarkan semalaman sebelum dicuci.



5. Minyak Kapur Barus



Kredit Foto: Essential Oil




Minyak Kapur Barus akan membersihkan liang-liang rambut dan menggalakkan peredaran darah dan saraf pada kulit kepala. Tindak balas ini akan memperbaiki kesihatan kulit kepala dan minyak kelapa yang dicampurkan akan membantu pertumbuhan rambut.


Kapur barus boleh didapati dalam bentuk tablet dan perlu dihancurkan (4-5 biji) sebelum dicairkan dengan 100ml minyak kelapa. Lumurkan campuran ke permukaan kulit. Biarkan semalaman sebelum dicuci.



6. Minyak Taramira (Arugula)



Kredit Foto: Amazon.com




Minyak Taramira diekstrak daripada sejenis tumbuhan Arugula, juga dikenali sebagai minyak Jamba di India. Minyak ini mengandungi asid lemak yang tinggi dan ciri anti-kulat. Digunakan untuk merawat kulit kepala yang bermasalah.


Sapukan 2-3 sudu minyak ini di permukaan kulit. Biarkan 2-3 jam sebelum rambut dicuci seperti biasa.




7. Minyak Zaitun





Kredit Foto: Organic Facts




Minyak zaitun berkesan kerana ianya menentang hormon yang menyebabkan keguguran rambut, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Minyak ini juga menghasiklkan kulit kepala yang lembut dan bebas daripada sebarang jangkitan.


Panaskan 2-3 sudu minyak ini beberapa saat sebelum dilumurkan ke permukaan kulit. Biarkan satu jam sebelum dicuci, boleh juga dibiarkan semalaman jika anda ada banyak masa.




8. Minyak Jojoba



Kredit Foto: Huda Beauty




Sejenis minyak yang sesuai untuk merawat kebotakan bukan genetik. Minyak ini mempunyai komposisi kimia hampir sama dengan minyak dikeluarkan oleh kulit. Jadi, minyak jenis ini mudah diserap dan ia kaya dengan Vitamin E serta mampu mengeluarkan kesan oksida yang membantu pertumbuhan rambut.


Sapukan 2-3 sudu minyak ini di permukaan kulit. Biarkan 3-4 jam sebelum rambut dicuci seperti biasa.




9. Minyak Daun Tea (Tea Tree Oil)



Kredit Foto: Bodyshop




Kadangkala, keguguran rambut berpunca daripada kelemumur yang teruk dan jangkitan pada kulit kepala. Dalam kes ini, minyak daun teh mampu memberi kesan yang memuaskan kerana minyak ini adalah ejen mikrobial. Minyak ini juga mengandungi antioksidan yang mampu meningkatkan folikel rambut baru.


Campurkan 3-4 titik minyak ini dengan sebarang minyak pencair (zaitun, kelapa, badam) sebanyak dua sudu sebelum dilumurkan ke permukaan kulit. Biarkan selama satu jam sebelum dicuci dengan syampu harian anda.



10. Minyak Kalonji



Kredit Foto: IndiaMART




Minyak kolonji juga dikenali sebagai minyak biji hitam dan selalu digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat keguguran rambut dan botak bertompok. Minyak ini mampu menguatkan dan menumbuhkan folikel rambut, seterusnya menghasilkan rambut yang sihat.


Campur satu sudu minyak ini dengan dua sudu minyak zaitun sebelum dilumurkan ke permukaan kulit. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan syampu harian anda.


Semoga tip yang diberikan mampu memberikan impak positif kepada anda. Selamat mencuba! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2018 03:44 PM | Show all posts
pernah try nak beli jojoba ni dulu

humangaihhh harga dia.. boleh gugur rambut dua kali ganda

last, beli mesin potong rambut, potong sendiri sampai botak
2 minggu sekali, cangkung, ngeennngg botakkan kepala

pasrah, redha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 03:45 PM | Show all posts
kroit92 replied at 9-11-2018 03:44 PM
pernah try nak beli jojoba ni dulu

humangaihhh harga dia.. boleh gugur rambut dua kali ganda :fun ...

Memang mahal ke?

Tapi kalau berbaloi apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:44 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 9-11-2018 03:45 PM
Memang mahal ke?

Tapi kalau berbaloi apa salahnya

almost RM100.. besar tu nilainya bagi saya tak mampu aih.. beli santan kedai runcit, jap lagi tepek atas kepala je la
mana tau jadi
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:55 PM | Show all posts
Minyak kelapa dara memang best. Bukan je rambut jadi kuat, hitamkan & lembutkan rambut jua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 9-11-2018 11:55 PM
Minyak kelapa dara memang best. Bukan je rambut jadi kuat, hitamkan & lembutkan rambut jua :loveline ...


Minyak kelapa dara tu paling murah antara di atas kot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2018 10:31 PM | Show all posts
rambut gugur tu takde la..tapi uban dah menjinakkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper cadangan ni semua oil based aje
Takde yg jenis serum or tonic yg less oily ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
snazzydaisy replied at 11-11-2018 12:02 PM
Naper cadangan ni semua oil based aje
Takde yg jenis serum or tonic yg less oily ke?

Title nya pun oil-based sis

Mungkin next article baru cara lain kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.155486 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list