View: 14190|Reply: 93
|
Senarai Filem Malaysia Paling Gagal Sepanjang Tahun 2018, Ada Yang Langsung Tak
[Copy link]
|
|
Tahun demi tahun,dilihat semakin pengarah pengarah tempatan semakin aktif membikin filem yang berkualiti dan berbaloi untuk ditonton rakyat Malaysia. Kini ramai rakyat Malaysia sudi melaburkan duit untuk menonton filem filem tempatan, yang ternyata suatu perubahan positif.
Filem yang bagus sudah tentu dapat memberi kesan dan impak kepada penonton sama ada keluar wayang mata merah kerana menangis teresak - esak, ataupun terdapat banyak review mengenai filem tersebut di laman sosial. Cara pengiklanan dan promosi juga mempengaruhi jumlah kutipan filem samada membuahkan hasil ataupun 'flop'.
Ini antara senarai filem yang boleh dikatakan 'flop' dalam industri perfileman Malaysia sepanjang tahun 2018.
1. Bidong the Boat People
Kredit foto: Google
Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini dibintangi oleh Taufik Hanafi dan Irene Wong. Filem seperti projek tahun akhir ini hanya mengutip kutipan tiket sebanyak RM3,536.00, setaraf gaji fresh graduate lepasan kos Jurutera di Malaysia.
2. Qhaliq
Kredit foto: Google
Filem terbitan Ahmad Idham dan diarahkan oleh ROsli Mohd. Taib ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Azza Elite serta Ahmad Idham. Penulis rasa filem ini patutnya diubah menjadi drama sahaja. Dengan kutipan sebanyak RM 4,196.50, Qhaliq jatuh tempat kedua dalam carta filem paling flop tahun 2018.
3. Enjin No 9
Kredit foto: Google
Dibintangi oleh artis yang menyanyikan lagu Sedalam-dalam Rindu, Tajul dan pelakon lawak terkenal Kaza, sejujurnya ramai yang tidak pernah tahu mengenai kewujudan filem ini. Namun begitu, filem ini berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM7,566.17. Okaylah tu kan?
4. 33 KM from KL
Kredit foto: Google
Boleh tahan juga kutipan, mungkin cukup untuk bayar kos produksi. Hasil jualan tiket sebanyak RM 18,779.00.
5. This Is Pilah
Kredit foto: Google
This is Pilah dibintangi bintang hip hop Malaysia iaitu Waghih dan Juzthin. Ternyata ketika nama meningkat naik belum tentu orang nak pergi tengok filem anda di panggung wayang. Kutipan? RM 45,843.90, boleh tahan juga ya.
6. Surf This Love
Kredit foto: Google
Filem ini agak menarik dan lain dari yang lain. Tapi sayangnya rakyat belum menerima kelainan dalam genre filem yang baru mungkin. Hasil kutipan ialah sebanyak RM47,724.30.
7.Rise
Kredit foto: Google
Banyak juga komen memberansangkan daripada penonton. Filem sempena pilihan raya baru baru ini yang memberi tema Malaysia baru hanya mengutip kutipan sebanyak RM58,411.50.
8. Hantu Wangan
Kredit foto: Google
Tak mahu komen lebih, yang pernah menonton boleh komen di ruangan komen. Hasil kutipan sebanyak RM 89,420.70 berjaya diperolehi sepanjang tayangan.
9. Busker
Kredit foto: Google
Filem ini menarik ditonton di hujung minggu untuk melepaskan tekanan. Filem ala ala 'indie' ini juga mempunyai jalan cerita yang agak menarik. Hasil kutipan? RM 96,925.75.
10. Badang
Kredit foto: Google
Memakai tagline Adiwira Sepanjang Zaman, filem Badang ini dikatakan mewakili adiwira Malaysia selepas Cicak-man. Betul ke? terdapat banyak juga kontroversi semasa tayangan filem ini berlangsung seperti pelajar universiti dipaksa beli tiket untuk menonton dan sebagainya. Hasil kutipan yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM 93,496.54.
Terdapat dua filem sedang ditayangkan iaitu Operasi X dan Gol & Gincu Vol 2. Harap - harapnya filem tersebut berjaya memperoleh kutipan memberansangkan. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni kategori filem sampah ke
filem tangkap muat
mmg penah dgr badang je BADANG Sotong
|
|
|
|
|
|
|
|
Rugi nyer pasha sendot dulu potong rambut semata untuk filem badang{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
Filem yang kutip 3k tu weyh. Sedehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ini Kalilah tu film propaganda PH ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lps PH menang terus bedesup keluar cite Rise Ini Kalilah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
flop teruk klu dpt 3-4k je |
|
|
|
|
|
|
|
poster no 8 tu rasa nak lempang jek mukanya.. hahaha.. rasa je la..
tp kesian tul kutipan tak balik modal.. mohon berenti je la..
terutama amat ilam tu.. sudah2 la... |
|
|
|
|
|
|
|
Kagum betul iols dengan Mat Deham tu. Semua filem dia flop, tapi masih gigih nak buat filem baru. Bila dah flop, gigih pula dia salahkan pihak lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Filed badang lagi ramai orang tengok dari busker..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
ini kalilah filem paling tahi merangkap jamban.
filem busker mcm best byk lagu2...tp pelakon who r yus |
|
|
|
|
|
|
|
Sia2 pengorbanan potong rambut bagai tp filem sampah... ehhh tp pelakon dibayar jer..cuma takdelah bonus ke hapa sbb kutipan sendu khennnnn....
Filem asal boleh jek.. kualiti my ass |
|
|
|
|
|
|
|
filem badang tu sesuai utk org2 yg stress & tension dgn boss masing2 tp tak boleh nak luahkan..
tgk citer badang boleh la sumpah seranah bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
File surf the love tuh kalau pajurah ngan patah berlakon mungkin ramai yg dtg tengok |
|
|
|
|
|
|
|
dan kebanyakannya poster buruk huduh...
|
|
|
|
|
|
|
|
kurang promosi kut semua filem ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai juga yang tonton filem badang rupanya. Mushkil. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ker ada yang kata student UiTM 'dipaksa' tengok cerita tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
iolls teringin nak tgk rise ini kalilah dgn busker.. this is pilah pernah baca ada positive review |
|
|
|
|
|
|
| |
|