View: 8097|Reply: 51
|
Saharul Ridzwan Nak Buktikan, Tanpa Babak Bersentuhan Pun Mampu Rangkul Anugerah
[Copy link]
|
|
Pelakon mana yang tidak mahu dinilai secara professional oleh juri bertauliah dan seterusnya merangkul anugerah berprestij sepanjang bekerja dalam bidang yang diceburi.
Anugerah yang diterima adalah satu penghargaan tertinggi pada seorang pelakon akan kualiti lakonannya dalam sebuah drama mahupun filem.
Foto: IG Saharul Ridzwan
Impian Saharul Ridzwan harus dipuji apabila dia berazam untuk memberi pencapaian terbaik dalam karier seninya. Dia ingin membuktikan tanpa babak bersentuhan dengan wanita dia juga mampu untuk mencapai anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
"Melihat pelakon-pelakon yang memenangi anugerah itu membuatkan saya rasa tercabar dan perlu berusaha lagi untuk buat yang terbaik.
"Saya masih berpegang dengan prinsip dan mahu buktikan pelakon yang tidak melakukan babak bersentuhan boleh dapat anugerah itu," katanya kepada mStar Online.
Netizen juga menyokong pendirian Saharul dan memberikan kata-kata positif padanya untuk terus berusaha mencapai impiannya.
Sejak tahun 2015, dia memegang prinsipnya untuk tidak mahu melakukan mana-mana babak bersentuhan mahupun berpelukan bersama pelakon wanita.
Pelakon mana yang tidak mahu diberikan watak yang mencabar. Namun dirinya perlu akur sebagai pelakon dia tidak boleh terlalu memilih watak kerana itu telah ditetapkan oleh produser atau pengarah.
Apa pun watak yang ditawarkan dia akan pasti dirinya memberikan impak yang baik.
Semangat begini yang kita mahu! Teruskan usaha Saharul dan sentiasa perbaiki kelemahan dari semasa ke semasa. Belajarlah dari mereka yang berilmu untuk memantapkan lagi lakonan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
ok retis sendu kayu kayan |
|
|
|
|
|
|
|
dalam drama yang baru ni
ade je sentuh2
poyoo |
|
|
|
|
|
|
|
muka hensem la jugak..berlakon takdak aura..bosan |
|
|
|
|
|
|
|
So-so je la dia berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Niat tu baik.. Masalah nye ko tu kayu sape nk bg award |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang ckp dia ni biseks.. Ye ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan dia biasa2 jer, tone cakap sama,
iolls prefer lagi Shukri Yahya dan Amar Asyraf |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon pun keras kejung..ni baru betul pelakon kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya heols ni tone suara pon mendatar.. sampai kak ogy pernah tegur suruh masuk kelas vokal sbb lontaran suara mendatar.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah ada menang award ke?
dia ni mcm izzue islam versi bosan....muka dah iras2 tp brlakon bosan sikit.mcm lebih kurang je jd kaya ke miskin ke playboy ke baik ke gituu je lakonan dia |
|
|
|
|
|
|
|
joaquim replied at 7-11-2018 06:58 PM
Ada orang ckp dia ni biseks.. Ye ke?
Ada skendel ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong perbaiki lakonan.
Keras kayu jati-chengal-merbau
|
|
|
|
|
|
|
| |
|