Tiada siapa yang ingin dirinya dilahirkan dalam keluarga yang miskin, hidup susah dan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pasti ramai yang inginkan kehidupan yang sempurna dan serba serbi lengkap bukan? Tetapi apakan daya, bukan semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan.
Kredit foto: Google & @adam_einziger
Bagaimanapun, walau hidup dalam kekurangan, setiap ibu bapa akan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya. Anak-anak akan diberikan keperluan yang sepatutnya dan makanan yang mencukupi agar mereka tidak kelaparan. Untunglah jika anak-anak memahami dan bersyukur dengan rezeki yang mereka perolehi tanpa merungut. Malah, ia turut dijadikan motivasi untuk mengubah taraf kehidupan mereka sekeluarga kepada yang lebih baik.
Seorang pengguna facebook telah memuat naik satu status yang menceritakan tentang makanan yang pernah dimakan oleh dia sekeluarga ketika hidup susah suatu ketika dahulu. Dia telah ditegur oleh isterinya kerana makan maggi yang dicampur dengan nasi. Mungkin isterinya yang tidak pernah hidup susah itu berasa pelik dan tidak pernah merasa makanan sebegitu.
Maggi yang dicampur dengan nasi
Tak rasa sedih pun
Netizen kagum kerana lelaki ini masih ingat akan kesusahannya suatu ketika dahulu tetapi rata-rata netizen tidak berasa ia adalah perkara yang menyedihkan dalam hidup kerana ramai yang gemar makan maggi. Sudah tentu maggi menjadi makanan yang paling sedap sejak dari dulu sehinggalah sekarang walaupun ia bukanlah makanan yang berkhasiat.
Sedap! Ramai suka makan macam ni
Rupanya ramai netizen yang pernah makan maggi yang dicampur dengan nasi. Tidak kisahlah mereka pernah hidup susah atau tidak, tetapi mereka gemar makan dengan cara sebegitu. Sedap sangat ke?
Alamak, ada netizen yang kembang tekak
Bagaimanapun, ada netizen yang berasa kembang tekak melihat gambar maggi bercampur nasi. Pastinya mereka tidak pernah makan atau pernah mencuba tetapi tidak dapat menerima makanan tersebut.
Memang rasa lagi kenyang
Rata-rata netizen yang penah hidup susah semasa zaman kecil, sudah memahami mengapa maggi tersebut perlu dicampur dengan nasi. Ia tidak lain dan tidak bukan agar mereka sekeluarga berasa lebih kenyang di samping dapat berjimat. Walaupun situasi mereka dilihat agak menyedihkan tetapi mereka tetap bersyukur dan gembira apabila dapat makan makanan yang tidak mewah tetapi cukup sedap itu!
Masing-masing mempunyai pengalaman hidup yang berbeza tidak kiralah bagi yang pernah hidup susah atau sebaliknya. Yang penting, kita perlu sentiasa bersyukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik agar dapat menyediakan keperluan dan makanan berkhasiat yang mencukupi kepada anak-anak. Setuju tak? - CARI |