Pelakon Zara Zya, 33 atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin semalam menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik sekeping foto di mana kekasih hatinya yang juga pelakon, Hafreez Adam menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Zara.
Hafreez memberikan cincin kepada Zara..
Foto: Instagram Zara Zya
Gambar tersebut menarik perhatian ramai termasuklah rakan selebriti yang rata-ratanya mengucapkan tahniah sehingga ramai yang menganggap ianya merupakan satu petanda bahawa kedua-dua pelakon itu bakal mengakhiri zaman bujang mereka.
Foto : Instagram Zara Zya
Tak sabar nak lihat Zara naik pelamin..
Foto: Instagram Zara Zya
Bukan lamaran, cuma hadiah sempena ulang tahun kelahiran...
Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian yang menghubungi sendiri Zara, cincin tersebut merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya dan bukanlah cincin lamaran seperti yang difikirkan oleh orang ramai. Mesti ramai yang kecewa,kan?
Apa pun sama-sama kita doakan semoga pasangan ini cepat-cepat melangsungkan perkahwinan. Jangan tunggu lama-lama, takut kelak diambil orang. -CARI |