Pernahkah anda terfikir berapakah kedalaman sebenar lautan yang ada di sekeliling kita?
Jika anda penggemar mengenai hal berkenaan lautan biru, pasti anda pernah mendengar mengenai Mariana Trench yang terletak kira kira 200 kilometer (km) dari utara Mariana Island dan mempunyai titik paling dalam di lautan.
Menurut The Daily Research, dasar Mariana Trench ini dikenali sebagai Challenger Deep, sempena nama HMS Challenger iaitu krew pertama yang menjelajah wilayah paling dalam. Sebagai rekod, Mariana Trench ini hanya pernah dijejaki sebanyak dua kali.
Kredit foto: Google
Penjelajahan pertama dilakukan Jacques Piccard dan Don Walsh. Menggunakan kapal selam khas yang diberi nama Trieste, ianya mengambil masa selama lima jam untuk sampai ke dasar dan berjaya mendarat di dasar lautan hanya selama 20 minit. Namun, ianya dianggap sebagai penemuan terbesar kepada bidang sains marin pada ketika itu.
Penjelajahan kedua pula dilakukan James Cameron, pengarah terkenal filem Hollywood. Ianya dilakukan secara solo pada tahun 2012 dengan menggunakan kapal selamnya, iaitu Deep Submergence Vehicle yang ternyata lebih berkeupayaan dan moden berbanding penjelajahan sebelum ini. James meluangkan masa selama tiga jam di dasar lautan.
Jom lihat infografik mengenai kedalaman lautan yang sebenar ini.
Secara kasarnya, kedalaman lautan ini adalah kira-kira 11km (36,070 kaki). Cuba bayangkan anda bergerak di atas jalan sejauh 11 km, begitulah kedalaman dasar lautan. Atau kata lain, sebuah gunung Everest, kemudian diletakkan lima buah Empire State Building di atasnya.
Berdasarkan rekod, lebih kurang 536 orang, 30 ekor monyet, 12 ekor kucing, tikus mondok, arnab dan labah labah pernah menjelajah angkasa, namun hanya tiga insan terpilih pernah menjelajah lautan dalam. Anda ingin jadi antara yang bertuah? - CARI
|