CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2714|Reply: 7

Mengapa Malaysia Masih Terselamat Dari Gempa Dan Tsunami? Ini Sebabnya

[Copy link]
Post time 2-11-2018 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Empat belas tahun sudah berlalu, tragedi Tsunami 2004 di Lautan India merupakan antara bencana alam terburuk yang telah mengorbankan lebih 230 000 orang melibatkan 14 negara termasuklah Malaysia. Indonesia mencatat bilangan kematian terbanyak, diikuti  Sri Lanka, India, Thailand dan selebihnya di beberapa negara yang lain.  

Sumber dari internet



Bencana alam ini telah menyebabkan Malaysia hanya terkena tempiasnya namun ia telah meragut nyawa lebih kurang 68 orang penduduk Malaysia dan beberapa orang lagi yang masih hilang serta seramai 5000 orangyang kehilangan tempat tinggal.  Tapi tetap tidak dapat dinafikan, pernah berlaku berlaku gegaran dengan sendirinya  di beberapa tempat di sekitar Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Kejadian paling menggemparkan adalah di Ranau Sabah (2015) yang mana telah mengorbankan 18 orang pendaki gunung Kinabalu yang terdiri daripada penduduk Malaysia, Singapura, Jepun, Filipina dan China.




Pasukan penyelamat di gunung Kinabalu (Gempa di  Gunung Kinabalu ,2015). Gambar dari Astro Awani



Namun yang menjadi persoalannya mengapa Malaysia sentiasa terselamat dari bencana alam yang dahsyat  ini dan tidak seperti di beberapa negara jiran yang lain sedangkan Malaysia begitu menghampiri negara-negara  yang sering terjadi bencana alam, salah satunya ialah Indonesia yang baru-baru ini negara ini baru sahaja  ditimpa bencana gempa dan Tsunami, kemudian pada hari berikutnya pula letusan gunung berapi Soputan.



Negara yang berada pada garisan Khatulistiwa. Imej dari WorlAtlas



Seperti yang kita tahu Indonesia adalah antara negara jiran yang begitu menghampiri Malaysia. Indonesia berada betul-betul pada garisan Khatulistiwa manakala Malaysia hanya berada berhampiran dengan garisan Khatulistiwa. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua negara ini berada dalam iklim panas, lembab serta curahan hujan lebat sepanjang tahun dengan suhu tahunan kira-kira 27 darjah celcius. Malah kedua-dua negara ini juga berada dalam plat tektonik yang sama iaitu plat Eurasian.


Tapi mengapa Indonesia lebih  banyak berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi berbanding Malaysia?


Hal ini kerana Indonesia berada pada Lingkaran Api Pasifik yang mana di sinilah sempadan garisan-garisan plat tektonik paling aktif bertemu dan bergerak sepanjang tahun.  Malaysia pula terkedalam dan sedikit luar dari Lingkaran Api Pasifik lantas terlindung dari gempa bumi dan gunung berapi serta berada di luar kawasan angin Monsun  yang menyebabkan taufan puting beliung.



Sumber in internet
Ini adalah Lingkaran Api Pasifik, kawasan ini adalah rentetan gunung berapi dan tapak kegiatan seismik, atau gempa bumi, di sekitar tepi Lautan Pasifik. Terdapat 90% gempa bumi yang terjadi 81% daripadanya adalah gempa bumi yang terbesar pada lingkaran ini.  Terdapat lebih kurang 452 Gunung Berapi yang berada pada lingkaran ini. Antara negara yang disenaraikan berada pada lingkaran ini termasuklah Indonesia.



Namun begitu ada berita menyatakan Malaysia sudah dihimpit dengan Lingkaran Api Pasifik. Namun kesahihan tidak dapat dipastikan kerana tiada maklumat teperinci.



TAHUKAH ANDA APA PUNCA GEMPA BUMI?
Untuk pengetahuan anda , kawasan Lingkaran Api  terdapat sempadan plat-plat tektonik Bumi, iaitu tempat plat tektonik bertemu. Apabila plat tektonik tergeser, bahagian yang tergeser akan tersangkut pada satu sama lain. Maka akan berlaku tekanan di kawasan tersangkut  kerana bahagian lain terus bergerak. Tekanan itu  menyebabkan batuan di bahagian tersangkut pecah atau tergelincir, lantas membuat plat terentap dengan kuat sehingga mencetuskan gempa bumi.


Menurut Prof. Madya Mustaffa Kamal kepada Utusan lagi, mengenai kejadian itu, Sabah sememangnya mempunyai tiga zon merah (aktif) iaitu di zon tengah, Sandakan dan Semporna. Selain tu juga, terdapat zon hitam yang merupakan kawasan yang tidak lagi aktif. Untuk berlaku gempa lagi di Ranau agak sukar kerana kejadian sebegini hanya berlaku sekali dalam masa 25 tahun. Ini bermakna tenaga yang disimpan di Gunung Kinabalu akan keluar selepas 25 tahun. Dalam masa terdekat ini ia dijangka tidak akan berlaku lagi, malah gegaran susulan ini pula semakin lama semakin berkurang. [Sumber dari Utusan]


Menurut Prof Madya Mustaffa Kamal lagi,


"Memang benar terdapat beberapa kawasan di Malaysia pernah mempunyai gunung berapi tetapi letusan itu berlaku ratusan juta tahun lalu. Justeru, apa yang tinggal hari ini adalah sisa gunung berapi yang telah lama mati."- Prof Madya Mustaffa Kamal, petikan dari Utusan.



Maka dapat disimpulkan Malaysia  antara negara yang masih  terselamat dari Lingkaran Api Pasifik yang aktif dengan pergerakan plat yang menyebabkan gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi.


Para pengkaji juga berpendapat, kejadian yang menimpa haruslah dijadikan pengajaran kerana sebelum ini pun Malaysia pernah tekena tekanan daripada bencana yang terjadi. Oleh itu ada baiknya jika kita menambah ilmu pengetahuan dengan mengetahui dan memahami mengenai bencana alam ini, sekurang-kurangnya kita dapat bersedia dan mengambil tindakan sepatutnya seandainya mendapat tanda-tanda bencana alam ini.


Sama-samalah kita mendoakan agar Malaysia sentiasa dilindungi.


INFO TAMBAHAN
Berjuta tahun lalu, Malaysia dikatakan  mempunyai gunung berapi. Tapi kini semuanya tiada lagi. Antara tempat yang dikatakan pernah mempunyai gunung berapi adalah Gerik, Perak, Segamat, Johor dan beberapa tempat di Sabah, dan salah satunya adalah di gunung Kinabalu.


Wah! Betul ke ni? Untuk info lanjut anda boleh baca disini Utusan/Negara Miliki Gunung Berapi Prasejarah. -CARI


Sumber:

Wikipedia/Gempa_bumi_di_Malaysia, Wikipedia/Gempa_bumi_Sabah_2015, Utusan/mengingati-tsunami-2004-1.39240, Siakapkeli/malaysia-berada-di-luar-kawasan-plat-tektonik-tapi-tetap-terasa-gegaran-gempa-bumi-kenapa/ , Utusan/malaysia-dihimpit-lingkaran-api-pasifik, thepatriots.asia/bumi-dan-lingkaran-api-pasifik, Wikipedia.org/wiki/Lingkaran_api_Pasifik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah2 jela kaji ring of fire semua ni dan explain benda ni. PU Amin dah kaji dulu dia kata ni semua bala sbb buat maksiat. Opssssssssss{:thief
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 01:13 PM | Show all posts
Alamak Segamat.. dekat dengan kampung aku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 03:43 PM | Show all posts
sembang kencang sebab belum kena..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Segamat ??.

Tak sangka..
Gunung ledang ke ??.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Imagine tgh minum petang kat beranda rumah tiba2 lantai bergegar.. tiang rumah roboh. Terus bunyi org menjerit2.. takutnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai ke budak2 tak belajar geografi ni skrg ni? takkan la benda basic mcm pacific ring of fire ni tak penah belajar?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
X mustahil jgk mlysia akan alami benda ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056510 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list