Cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak semakin hebat. Ramai ibu bapa yang kadang kala terlepas pandang akan tanggung jawab dan amanah yang dipikul dek kesibukan dalam pekerjaan dan urusan seharian. Maka, tanpa disedari, anak-anak sudah hanyut dengan aktiviti tidak bermoral yang dilihat melalui media sosial dan juga dipengaruhi oleh orang lain dan keadaan sekeliling yang tidak sihat pada hari ini.
Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Seorang pengguna facebook telah memuat naik satu penulisan yang agak membimbangkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Mengapa tidak? Kanak-kanak seawal usia enam dan tujuh tahun susah terdedah dengan aktiviti seks sesama mereka. Ia adalah pengalaman lelaki ini sendiri yang dihubungi oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut yang ingin mengadu dan mencari solusi kepada masalah yang mereka hadapi.
Kes pertama ini melibatkan murid tahun satu yang mana anaknya melihat rakan-rakan sekelasnya masuk ke dalam almari dan melakukan seks. Bagaimana murid berumur tujuh tahun satu yang masih hingusan itu tahu tentang cara melakukan hubungan seks? Kes ini memang parah!
Bermain 'kocak-kocak' dalam almari
Kecil lagi dah pandai onani
Manakala kes kedua pula melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun yang sudah pandai onani di depan televisyen akibat diajar oleh anak pengasuhnya yang lebih tua. Seperti tidak masuk akal apabila kanak-kanak seusia itu berasa seronok dengan ‘permainan’ sebegitu.
Kanak-kanak tersebut teruk dipukul kerana onani
Antara risiko apabila anak berada di bawah jagaan pengasuh atau orang luar
Kesian, budak tersebut tidak tahu pun onani itu salah
Tak setuju murid bawa telefon ke sekolah
Jauhkan gajet daripada anak-anak
Sudah tentu netizen yang bergelar ibu bapa akan panik dan buntu apabila mengetahui anak-anak mereka sudah terlanjur pada usia yang terlalu kecil dan mungkin mereka sendiri tidak pernah menyangka ianya berlaku. Jadi, ramai netizen yang mencadangkan agar anak-anak tidak diberikan gajet dan telefon pintar tanpa kawalan.
Di sekolah macam mana pula?
Tetapi, ada netizen berpendapat walaupun penggunaan gajet dan telefon dikawal ketika mereka berada di rumah, tetapi anak-anak mereka boleh dipengaruhi oleh murid-murid lain ketika berada diluar dan disekolah. Inilah dilema ibu bapa dan guru-guru sekarang jika semua pihak tidak berganding bahu menjaga dan mendidik anak-anak generasi sekarang.
Berwaspadalah jika kalian mempunyai anak-anak yang semakin membesar kerana pengaruh negatif disekeliling mereka lebih kuat lebih-lebih lagi jika mereka sentiasa didedahkan dengan gajet dan telefon pintar yang mempunyai kemudahan internet. Kawallah aktiviti anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral dan sentiasa ambil tahu tentang mereka sama ada ketika berada di sekolah, di rumah pengasuh mahupun ketika bersama ahli keluarga sendiri. - CARI |