Kredit foto: IG Ara Johari
Ara Johari mengaku yang ada sesetengah peminat pernah memintanya agar tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan Ismail Izzani.
Tambah penyanyi ini lagi, dia juga pernah menerima mesej daripada peminat Ismail, menyatakan dia tidak merestui jika benar mereka menjadi pasangan kekasih.
"Ada peminat yang marah apabila saya muat naik gambar dengan Ismail. Lebih dahsyat membandingkan saya dengan bekas kekasih penyanyi itu.
"Sejujurnya, kami hanya berkawan rapat sahaja dan sudah lama kenal dulu. Saya menganggap dia seperti adik sendiri, tambahan pula dia pun masih muda lagi.
"Saya turut mengenali ibunya, Datin Suliza Salam dan kami selalu berhubung. Apa yang boleh saya kata, kami hanya berkawan dan tidak mungkin lebih daripada itu," katanya kepada mStar Online.
Tambah Ara, dia langsung tak memikirkan soal jodoh dan mahu menumpukan pada karier.
"Buat masa ini saya tak mahu fikirkan tentang jodoh atau perkahwinan. Sekarang ini fokus dan tumpuan saya lebih terarah dalam bidang nyanyian.
"Kalau jodoh sampai nanti saya terima sahaja, tak kisahlah siapa bakal suami itu, orang industri atau bukan." -CARI
|