CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1995|Reply: 8

"Itu Bukan Seragam Komunis, Mat Sabu Pun Pakai..." - Timbalan Menteri

[Copy link]
Post time 31-10-2018 04:13 PM | Show all posts |Read mode
“Itu adalah pakaian korporat kementerian. Menteri Pertahanan pakai dan saya juga pakai."



Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong menafikan dakwaan pakaian yang dipakainya menyerupai seragam komunis, sebaliknya ia adalah baju korporat Kementerian Pertahanan.







Chin Tong berkata demikian bagi menjawab dakwaan berkenaan yang tular di laman sosial selain menegaskan mereka tidak terikat untuk memakai seragam tentera memandangkan posisi mereka sebagai pemimpin dari kalangan orang awam.

“Salah satu sebab (kami) pakai baju korporat (dan) bukan pakaian tentera, kerana ini keputusan Menteri Pertahanan kerana kami orang awam dan kami tidak mahu (memakai) baju tentera,” katanya.







Memetik Harian Metro, beliau berkata, pemakaian baju korporat itu adalah keputusan bersama dengan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.







“Jika dahulu menteri memakai seragam tentera, jadi mungkin ada yang tidak tahu mengenai baju berkenaan sehingga ia menjadi isu yang dibangkitkan sesetengah pihak.


Kredit foto: FB Liew Chin Tong



“Saya tidak tahu siapa yang menjadikan isu dan saya tak faham (pemakaian baju itu dijadikan isu),” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 04:25 PM | Show all posts
ellie suriati la antara yg beriya2 ckp tu seragam komunis
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat website PAS pun kutuk kaw kaw
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 05:02 PM | Show all posts
masih alergik dgn komunis kah? dulu keluar gambar kerajaan lama aman2 adja meeting dgn parti komunis?
sekarang era rom-coms okay, romantic communists.




Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 05:08 PM | Show all posts
'Presiden JMM hina ATM, Kementerian Pertahanan'
Mohamad Hafzi Mohd Said
31 Oktober 2018

                                             
AddThis Sharing Buttons[url=]
[/url]



              
Screenshoot kenyataan yang dimuat naik Chin Tong dalam Facebook miliknya.


                                             


              
        LUMUT - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah diminta menarik semula dakwaan terhadap Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong memakai uniform seakan komunis yang tular sejak semalam.
        Memetik kenyataan Chin Tong di laman Facebook miliknya, beliau kecewa dengan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Pertahanan Malaysia.


        "Baju tersebut merupakan baju korporat "bush jacket" yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan ke kem, pos keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur.
        "Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga memakai pakaian rasmi tersebut. Begitu juga dengan mantan menteri dan pemimpin kerajaan yang lain, termasuk pemimpin kerajaan sebelum ini,"' katanya, hari ini.



        [ARTIKEL BERKAITAN: Itu bukan uniform komunis]
        Tambahnya, warna khaki baju tersebut juga tidak ada kaitan dengan komunis malah merupakan antara rona warna yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia dan warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum tahun 1995.
        "Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2017, baju korporat warna "khaki" dicadangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akhirnya menjadi pilihan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pakaian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan 2017.
        "Jadi Pejabat Timbalan Menteri meminta JMM menarik balik tuduhan liar itu yang jelas menunjukkan sikap kurang cerdik dan tidak berhemah dalam membuat kenyataan," katanya

http://www.sinarharian.com.my/nasional/presiden-jmm-hina-atm-kementerian-pertahanan-1.898813?fbclid=IwAR2VN-iJBYaMAyaVeyezv7wCVHbLH4u7sKnSdP5t0giHIdFVgOIOrriUi2k

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 06:14 PM | Show all posts
Edited by v(T.T)v at 31-10-2018 06:26 PM



Kawan, tak boleh macam ini,   Duit Kominis banyak banyak pun mau, tapi mulut hari2 kutuk kominis, guna kominis sbg modal. Banyak takut kominis tapi tak takut taliban pulak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 06:18 PM | Show all posts
Edited by v(T.T)v at 31-10-2018 06:24 PM







Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:22 PM | Show all posts
Janji komplen dulu apa yang kerajaan buat. .
Sapa betul itu kemudian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg la kna cop komunis sbb skali pndg warna plain tu dh mcm uniform North Korea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061307 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list