Kalau sebut mengenai isu LGBT memang sensitif. Dengan lambakan pengaruh negatif, ramai yang menghentam golongan ini.
Baru-baru ini Eyka Farhana memuat naik gambar dirinya bersama Janna Nick.
Kredit foto: IG Eyka Farhana
Amboi boleh tahan cara posingnya kerana masing-masing memuncungkan mulut, macam nak bercumbu.
Gara-gara itu, ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata yang kurang enak.
Macam nak mempromosikan budaya songsang kata mereka.
Ada juga yang meminta agar kedua-dua artis menjaga batas dan adab masing-masing.
Lebih-lebih lagi bila melihat penampilan Janna yang agak 'boyish'.
Bagaimanapun menerusi kapsyen gambar tersebut, Eyka ada mengatakan yang dia sangat teruja apabila dapat bergandingan bersama Janna dalam siri drama berjudul Bukan Cinta Aku. -CARI
|