"Baik aku tak payah sambung study habis SPM dulu, beria ambil sejil kemahiran, last-last gaji sama ja macam kerja jaga."
Begitulah rintihan pekerja berkemahiran yang menghabiskan masa belajar di instititut kemahiran. Ada di antaranya menanggung hutang belajar, barulah mendapat pekerjaan yang sesuai.
Namun, agak menyedihkan apabila gaji yang mereka peroleh sebenarnya sama dengan pengawal keselamatan yang kelayakannya sekadar tamat Tingkatan 3? Malahan banyak syarikat yang menggunakan khidmat pekerja asing membuatkan pekerja berkemahiran ini berasa teraniayai.
Kredit foto: Twitter
Biarpun memegang status pekerja mahir, gaji yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat swasta (dalam konteks ini syarikat penerbangan) memang menggajikan antara RM1,300 hingga RM1,800 sahaja. Walhal kemahiran yang ditawarkan oleh pekerja sebegini bukanlah calang-calang dan jika hal ini berlarutan, mungkin ramai anak muda tidak tertarik lagi untuk menyertai syarikat ini. Hakikatnya bekerja di restoran makanan segera juga boleh mendapat gaji yang lebih tinggi jika bekerja lebih masa. Jadi, kemahiran atau gaji jadi pilihan?
Kredit foto: Carian Internet
"Kerja security paling teruk diri sendiri mati. Tapi kerja juruteknik pesawat, kalau silap ratusan mati."
Jadi, dengan persepsi sebegini, pihak berwajib perlu berbuat sesuatu supaya lebih ramai tertarik untuk menyertai bidang kemahiran ini. Mungkin dengan naikkan gaji mereka seperti yang dilakukan oleh syarikat konglomerat, Petronas, misalnya.
"Security dibayar mahal kerana bekerja 12 jam sehari, ada yang terpaksa bekerja 24-36 jam jika tiada pengganti. Tiada cuti dan tanggung risiko."
Namun, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan perbandingan ini, seperti langit dan bumi sebenarnya. Bagi mereka, kerja pengawal keselamatan berbelas jam sehari dan mereka akan bekerja lebih masa (OT) lebih kurang empat jam setiap hari. Gaji pokok adalah RM1,000 dan dicampur dengan OT, maka ia adalah normal untuk pengawal mendapat gaji hampir RM2,000.
Lagi pula dengan jumlah enam hari bekerja serta OT yang diwajibkan sebenarnya membuatkan kehidupan pengawal agak rigid. Malahan, ada syarikat keselamatan yang sewenang-wenang memotong gaji pekerjanya jika berlaku sedikit kesilapan.
Kredit foto: Carian Internet
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat gaji tersebut adalah sesuai buat permulaan. Ini kerana gaji juruteknik tersebut makin lama akan naik juga berbanding pengawal keselamatan yang sukar naik. Jadi janganlah dibandingkan antara kedua-duanya yang ibarat jauh panggang dari api.
Pelbagai pendapat dari segi pro dan kontranya. Anda yang berhak menentukan hala tuju anda sendiri. - CARI |