Masih ingat dengan Vernon Unsworth? Beliau adalah salah seorang wira British terbabit dalam misi menyelamat 12 remaja Thailand yang terperangkap dalam gua sekitar Julai lalu.
Kredit Foto: Buriram Times
Jutawan teknologi, Elon Musk telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur tuduhan terhadap Unsworth termasuklah mendakwa beliau seorang 'perogol kanak-kanak'. Ini berikutan kenyataan Unsworth yang meremehkan sumbangan Elon Musk dalam operasi menyelamat tersebut.
Kredit Foto: Standard.co.uk
Susulan tohmahan jutawan teknologi itu terhadapnya, Unsworth telah bertindak menfailkan satu saman malu berjumlah ASD75,000 (RM307,425).
Kredit Foto: Twitter
Kredit Foto: Twitter
Selain saman berjumlah USD75 ribu, Unsworth juga memohon bayaran lain termasuk pampasan dan denda kerana Musk mengeluarkan kenyataan menjijikkan dan bertujuan memberi pengajaran kepadanya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
'En. Musk telah menggunakan Twitternya untuk mengeluarkan tuduhan berbaur fitnah kepada 22.5 juta pengikutnya' kata dokumen saman tersebut.
Kredit Foto: Twitter
Sebelumnya, jutawan kelahiran Afrika Selatan yang pernah mengetuai Tesla itu mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau berasa hairan kerana Unsworth masih tidak menyamannya kerana mengeluarkan dakwaan sedemikian.
Kredit Foto: Twitter
Difahamkan, Unsworth menfailkan saman tersebut di California dan London.
'Kekayaan dan pengaruh En. Musk tidak boleh menukarkan fitnah kepada kebenaran dan beliau perlu bertanggungjawab' kata L. Lin Wood, peguam Unsworth. - CARI |