Baru-baru ini tular di media sosial tentang kisah seorang gadis yang berusia 18 tahun telah mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang lelaki berusia 25 tahun.
Berkahwin memang perkara biasa tapi yang membuatkan kisah ini jadi bualan ramai adalah disebabkan pasangan ini hanya berkenalan selama sebulan sebelum bersetuju mengikat kasih.
Rata-rata netizen memuji perkahwinan tersebut kerana si gadis yang merupakan bekas Miss Sabah kelihatan sangat cantik di hari bahagianya dan ramai juga yang mengucapkan tahniah kerana berkahwin pada usia yang muda.
Pun begitu, cerita yang bermula di Twitter ini sampai ke Facebook dan di ruangan komen pos tersebut dapat dilihat seorang wanita telah membuat pengakuan bahawa lelaki itu sebanarnya duda yang mempunyai dua anak.
Yang lebih memeranjatkan, lelaki tersebut dikatakan sudah dua tahun tidak memberikan nafkah dengan alasan tidak bekerja.
Kredit foto: Twitter
Ada juga wanita lain yang mengatakan lelaki ini pernah tidak mengaku itu anaknya dan mengata bahawa mereka adalah anak saudaranya.
Kredit foto: Twitter
Kakak kepada pengantin perempuan tersebut juga tampil membuat penjelasan yang lelaki tersebut memang sedang berkerja.
Kredit foto: Twitter
Seorang gadis lain yang mengaku merupakan sepupu kepada pengantin perempuan itu berharap orang ramai tidak mendoakan perkara yang buruk kepada sepupunya. ]
Dia juga membalas bahawa bekas isteri lelaki tersebut merupakan seorang yang psycho. Pun begitu, kenyataannya itu dibidas oleh netizen lain kerana mereka menganggap hal nafkah tidak boleh dibawa main.
Kredit foto: Twitter
Tak tahulah pihak mana yang benar, tapi walau macam manapun nafkah anak-anak wajib dibayar -CARI
|