CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2222|Reply: 8

Tiada Beg, Guna Ketuhar Pun Boleh! Ini Cara Pelajar Protes Peraturan Sekolah

[Copy link]
Post time 29-10-2018 04:06 PM | Show all posts |Read mode




Pelajar sebuah sekolah bertindak kreatif apabila sekolahnya mengharamkan beg untuk tujuan kesihatan dan keselamatan.


Jacob Ford, 17, tidak bersetuju dengan dasar di Sekolah Grammar Spalding apabila pelajar gred 6 diarahkan untuk tidak membawa beg ketika pertukaran kelas. Alasan pihak sekolah adalah beg yang besar telah menyebabkan kecederaan kepada pelajar-pelajar yang masih muda.


Sebaliknya, mereka digalakkan membawa buku dengan tangan ketika menukar kelas. Sebelum ini, beg tidak dibenarkan dibawa oleh pelajar tahun 7 hingga 11, tetapi pada tahun ini peraturan itu turut dikenakan kepada pelajar gred 6.


Jacob membuat protes senyap dengan menggunakan bakul rotan dan ketuhar gelombang mikro untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya berhubung peraturan baru itu.





Foto: Metro UK





Dia juga menulis esei 3,000 patah perkataan supaya pihak sekolah dapat berkompromi dan memansuhkan peraturan itu. Malangnya, Jacob digantung selama dua hari selepas dia enggan menyerahkan telefon bimbit yang digunakannya untuk mengadu kepada ibunya, Tracy tentang layanan pihak sekolah kepadanya.





Foto: Metro UK





"Saya fikir Jacob melakukan tindakan yang betul. Saya percaya kepada kebebasan bersuara dan sangat berbangga kerana dia berani bersuara," ujar Tracy menyokong tindakan anaknya.


Hannah Catterall, individu yang memulakan petisyen bantahan tersebut berpendapat tindakan pihak sekolah hanya akan menjatuhkan prestasi pelajar.

"Langkah tidak membenarkan pelajar membawa beg sekolah akan menghalang mereka daripada membawa buku ulang kaji. Oleh itu, gred boleh menurun secara mendadak," katanya.


Sementara itu, Bridget Allan yang mempunyai dua orang anak di sekolah berkenaan berang kerana merasakan larangan itu menyusahkan anak-anaknya.





Foto: Metro UK




"Saya sangat marah apabila mendengar larangan itu. Saya fikir ia tidak masuk akal. Bagaimana anda hendak pergi ke suatu tempat tepat pada masanya dengan membawa susunan buku yang betul, apatah lagi ketika perlu menukar tuala wanita?" ujarnya.


Bagaimanapun pengetua sekolah itu menyangkal dakwaan ibu bapa serta mendakwa mereka dan anak-anak sengaja memperbesarkan arahan tersebut. Dia juga kecewa dengan sikap ibu bapa yang bertindak tanpa usul periksa.


"Yang paling mengecewakan saya adalah sikap ibu bapa yang tidak mahu berkomunikasi dengan guru, sebaliknya mengambil tindakan menyokong perbuatan anak-anak," ujar Steven Wilkinson kepada Spalding Today. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2018 05:16 PM | Show all posts
dekat sini paking teruk I dengar sekolah haramkan penggunaan beg smiggle saje...
beg lain takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa gila punya peraturan.. adeh..
Persoalannya bdk2 gred 6 blari2 ke apa dlm kelas bdk2 kecik? Smpi takut kena bdk2 kecik? Aku rsa SKOLAH MESIA beg lg berat.. siap ada yg seret2.. elok ja yg pra skool - tahap 1 ke kelas dorg.. xdak tkena bag abg/kakak2 pon..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 05:46 PM | Show all posts
gila.. beg kat sana mana berat pun.. xde masalah pun kalo nak jalan kat hall tu sambil galas beg.. aku dulu kat high school sana siap blh lari dlm hal sambil galas beg n jalan blk ke rumah yg 3km tu dgn rileks je sbb beg x berat kalo berat tu, maknanya student bw benda merepek je la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 11:56 PM | Show all posts
microwave kecik sgt

lain kali bawa peti ais ka, mesin basuh ka, baru nmpk cm demo
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Org sana gigih larang bwk beg, kt sini tak habis2 lg kaji isu berat beg dah bertahun2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2018 09:57 AM | Show all posts
patut ajak pakcik jamal..
dia ada cara yg lebih kreatif
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:34 AM | Show all posts
yang kat sana tak dibagi bawa beg, tapi sibuk nak bawa beg..

yang kat sini, kalau blh taknak bawak beg, tapi kena bawa beg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 05:01 PM | Show all posts
kreatif ko dik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.369998 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list