Apabila 'scammer' alaf baru bertindak di luar kotak, ramai individu tidak bersalah turut terpalit sama. Antara mangsanya ialah pelakon, Datuk Aaron Aziz yang didakwa oleh sebuah laman sesawang memperolehi pendapatan beribu-ribu ringgit sehari hanya dengan bekerja dari rumah.
Dengan tegas, Aaron menafikan testimoni tersebut dan mengatakan ianya ialah penipuan scam semata-mata. Penjelasannya dimuatnaik di laman Instagram berserta bukti bergambar pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahguna gambarnya.
Kredit foto: IG
"Tolonglah jangan terpedaya, itu semua penipu."
Setelah menerima banyak mesej dan emel berkenaan perkara tersebut, Aaron akhirnya melihat sendiri beberapa artikel palsu yang mengaitkannya dengan perniagaan mata wang digital Bitcoin bertebaran di Internet.
Dalam status tersebut juga, Aaron meminta semua netizen tidak mudah terpedaya hanya dengan jika membaca sebarang artikel yang memaparkan dirinya sebagai testimoni.
Kredit foto: IG
Kredit foto: Carian Internet
Kredit foto: Carian Internet
"Saya tidak tahu apa-apa dan saya tidak terlibat dengan ini semua. Jangan mudah percaya dengan apa yang anda baca di Internet," ujarnya lagi.
Nampaknya, penjenayah ini semakin bijak menggunakan sebarang peluang di depan mata. Jadi, setelah Aaron menafikan perkara itu, diharapkan semua pihak berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan ya. - CARI |