CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 0

[Tempatan] Tunjuk bukti Zahid tidak bersalah

[Copy link]
Post time 23-10-2018 09:19 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar individu yang kononnya menuduh pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah rekaan dan bermotifkan politk agar tampil menunjukkan bukti bahawa Presiden UMNO itu tidak bersalah.

Perdana Menteri turut menegaskan beliau bukan seorang pendendam susulan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan ini yang mendakwa pemimpin dalam kalangan UMNO.

Beliau menekankan bahawa kerajaan tidak mempunyai niat untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tertentu sebaliknya mentadbir negara berasaskan kepada undang-undang.

"Tunjuklah bukti dia ( Datuk Seri Ahmad Zahid) tidak buat salah dan 45 tuduhan itu rekaan. Bukti beserta dokumen barulah boleh tuduh kita sengaja mahu ambil tindakan balas.

"Ini tuduhan dibuat oleh Peguam Negara dan Peguam Negara bukan orang politik, dia orang luar dan dulu menentang saya.

"Peguam Negara tidak boleh buat tuduhan melainkan ada bukti dan ia (bukti) yang boleh diterima oleh mahkamah,"katanya pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Karangkraf di sini hari ini.

Program itu dikendalikan oleh Moderator Tan Sri Johan Jaafar. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah.

Mengulas lanjut, ketika ditanya sama ada beliau masih mempunyai rasa sayang dan kasihan kepada UMNO, Dr. Mahathir berkata:

"UMNO tiada lagi, UMNO yang saya pimpin dahulu, perjuangannya berpegang kepada agama, bangsa dan negara berbanding kini.

"Perjuangan UMNO (kini) kekalkan (Datuk Seri) Najib menjadi pencuri besar. Malah ini bukan melibatkan satu pemimpin tetapi banyak pemimpin pelbagai peringkat (lakukan perkara sama). "Mereka tetap pertahankan duit yang katanya Tok Arab bagi, mana ada Arab nak bagi duit banyak itu,"ujarnya.

Mahathir turut memberitahu, pada zaman dahulu beliau sendiri dicabar oleh (Tun) Musa Hitam, (Tengku)Razeligh Hamzah dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Najib siapa berani tentang, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, (Datuk Seri) Mukhriz, (Datuk Seri) Mohd Shafie kena buang. Zaman saya dahulu tidak buat macam itu," jelasnya. - K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.122055 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list