CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 14

Isu Minum Terus Air Paip: Air Paip Wajar Dimasak Sebelum Diminum- Dr Lee

[Copy link]
Post time 22-10-2018 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, semasa Persidangan Dewan Rakyat, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar memberi jaminan bahawa air paip di negara ini selamat untuk terus diminum.


Kredit foto: carian internet



Kenyataan itu serta-merta menimbulkan pertikaian dan kecaman di kalangan masyarakat yang rata-rata tidak senang hati dengan apa yang dinyatakan oleh Dr Xavier.


Susulan itu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam tampil meredakan keadaan tegang berhubung isu tersebut.


Jelas beliau, air paip yang telah diproses disalurkan melalui paip air yang berkemungkinan telah lama digunakan serta berkarat.


Sehubungan itu, nasihat Timbalan Menteri Kesihatan itu kepada orang ramai adalah lebih baik tidak meminum air secara terus daripada paip tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu.


"Tetapi apabila ia disalurkan ke paip yang jaraknya berpuluh kilometer sebelum air itu sampai ke rumah, kita tidak tahu sama ada ia selamat untuk diminum."


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Baru MTD di Batu Gajah semalam.


Dalam pada itu, Sabtu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismal mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria e-Coli.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 01:28 PM | Show all posts
memang la kena didihkan ayaq paip.....nak evaporate klorin....ini SAINS...wakakakakkakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 01:56 PM | Show all posts
masak air bukan susah pun...ini pun jadi masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 01:59 PM | Show all posts
hidup koway... hidup kuku...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 02:13 PM | Show all posts
xde la nak minum air trus dr paip selagi tk dimasak
kecuali da darurat sgt...nak mati kehausan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu berubah rubah gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2018 02:32 PM | Show all posts
dah memang air tu kalau tadah dalam mangkuk putih, leh nampak kaler kecoklatan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 02:57 PM | Show all posts
menteri bodoh hasil pengundi yang BODOH

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade pun yang jelaskan perkara sebenar.. Memang air paip malaysia ni bersih tapi takdela bersih macam negara omputih tu ha.. Tp tak la seteruk negara afrika, bangla tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:19 PM | Show all posts
ayaq dari pam/lori tu mmg terbukti bersih,tp jadi kotor sbb laluan paip ke rumah2..mmg wajib kena masak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:22 PM | Show all posts
malas sgt nk masak pasang la coway ke cuckoo ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:42 PM | Show all posts
menteri skrg mmg wajib bodoh ke.. da tukar kerajaan pun bodoh lg..

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu dlm thread menteri minum air paip ramai mengaku minum xmasak air siap bangga pulak tu. Mana pergi puak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo cuols rajin tadah air pakai kolah.. lama2 cuols akan nampak kerak2 n habuk laut ke dasar kolah.. lama2 dh serupa pasir tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 05:07 AM | Show all posts
orang kata kalau bodoh jangan tunjuk
takut berjangkit
ni yang jadi dikalangan menteri
berjangkit2 bodoh dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.681963 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list