Nampak comel ja Dato' Siti Nurhaliza mengenakan jubah dan topi konvo ketika majlis Istiadat Konvokesyen Aswara baru-baru ini. Ramai pengikutnya memuji busana tersebut yang tampak segak di tubuhnya. Bagaimanapun, ada pula komen netizen yang kurang menyenangkan lalu mengkritik Siti bahawa penyanyi itu tidak layak memakai jubah dan topi yang sebenarnya dikhaskan kepada graduan Doktor Falsafah (PhD) sahaja.
Hal ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengikutnya antara yang menghentam dan juga membela hingga membabitkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Siti 22 tahun dahulu.
Kredit foto: IG
"Tok Ti ada ijazah ke? Bukan kelulusan dia setakat SPM ja?
Segelintir netizen berpendapat Siti tidak layak memakai jubah tersebut kerana dianggap menghina doktor-doktor di luar sana yang berhempas pulas belajar semata-mata untuk menyarung jubah tersebut. Bagi mereka gelaran PhD tersebut terlalu tinggi jadi tidak semua layak menyarungnya dengan apa alasan sekalipun.
Bagaimanapun, mereka juga tidak menyalahkan Siti dalam hal ini kerana memahami busana tersebut disediakan oleh pihak Aswara sendiri. Justeru itu, pihak berkenaan hendaklah peka dengan situasi semasa dan bertindak menukarkan warna jubah tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
Foto - IG
Bagaimanapun, apa yang lebih menyakitkan hati pengikut Siti ialah apabila ada netizen yang mengungkit kembali keputusan peperiksaan SPM Siti dan mendakwa Siti juga menipu media.
Hal ini membuatkan peminat Siti berasa marah dengan pendapat tersebut hingga mengecam mereka yang mengkritik ini.
Foto - IG
"Kalau nak tahu, CTDK ialah antara lembaga Pengarah Aswara, sebab tu dia layak pakai. Mana-mana Uni pun sama. Mereka tak perlu ada PhD pun untuk pakai baju ni ketika sidang konvokesyen."
Bagi peminat Siti, kritikan tersebut tidak relevan kerana Aswara sendiri adalah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Jadi tiada salahnya kerana Siti memang layak berada di pentas konvo tersebut atas tiket jasa dan pengalamannya dalam industrian nyanyian tanah air.
Mereka mengambil contoh jutawan Bill Gates yang diketahui tidak menghabiskan pelajaran di universiti tetapi disebabkan berjaya maka ramai universiti memberi pengiktirafan kepadanya.
Foto - IG
Mungkin isu sebenar adalah jubah yang dipakai Siti tidak sesuai kerana ia adalah jubah PhD. Bagaimanapun, apabila netizen saling berdebat antara satu sama lain, isu menjadi panjang hingga mengungkit keputusan peperiksaan Siti pada tahun 1996 serta kejayaan dua golongan antara komersial dan akademik. Diharapkan agar isu ini tidak dipanjangkan lagi dan boleh menerima pendapat orang lain dengan hati terbuka. - CARI
|