CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3506|Reply: 5

Buat Sendiri Dekat Rumah Pancake Gebu Ala McD

[Copy link]
Post time 22-10-2018 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum memulakan aktiviti seharian, tubuh kita memerlukan banyak tenaga. Oleh itu sarapan adalah penting bagi membekalkan tenaga yang mencukupi untuk tubuh kita. Sekali-sekali sarapan dengan pancake ala-ala McDonald pun ok juga kan. Lagi menarik, bila kita boleh buat sendiri. Jom cuba resipi ini.





Resipi Pancake Gebu ala Mcdonald's


Bahan-bahan pancake:


2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar butter(dicairkan)


Bahan-bahan untuk cicah:


Maple syrup (Contoh: jenama Pillsbury)
Madu
Butter
Sosej goreng


Cara-cara:


1. Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas.


2. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna ‘mixer’, cuma guna senduk.


3. Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi.


4. Panaskan kuali jenis leper dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung.


5. Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan ke dalam frying pan. (Jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda.


6. Setelah beberapa minit terbalikkan pancake dan tunggu beberapa minit lagi sebelum angkat (hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian).


7. Ulang cara 4 untuk membuat pancake lain sampailah adunan habis.


8. Pancakes sangat sedap sekiranya dicicah dengan maple syrup (seperti di McDonald's) dan butter. Namun pancake juga boleh dimakan bersama madu atau sosej goreng mengikut cita rasa anda.- CARI


Kredit: Resepi Makanan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je mlm ni nak try
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Maple syrup tu mahal la..botol kecik je da rm40++.

Tq utk resepi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pillsbury tu maple syrup flavoring saja

McD kat Malaysia bagi sugar syrup je mana ada bagi maple syrup  
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 12:21 PM | Show all posts
blh cuba buat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 03:05 PM | Show all posts
selalu beli yg readymade dlm kotak tu je,x pandai bancuh hasilnya bantat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.093736 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list