View: 731|Reply: 0
|
Lim Kit Siang Bertindak Saman Bekas KPN, Hanif Omar
[Copy link]
|
|
Setelah diberi tempoh untuk memberi penjelasan, namun bekas ketua polis negara Mohammed Hanif Omar masih gagal membuktikan dakwaan bahawa parti DAP mahu Malaysia berpisah dua susulan rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969.
Akibatnya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengambil keputusan menfailkan saman terhadap bekas ketua polis negara itu.
Kredit foto: www.malaysiakini.com/my
Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu disahkan oleh anggota parlimen Bukit Gelugor yang juga peguam Lim, Ramkarpal Singh.
"Lim telah memfailkan saman sivil terhadap Hanif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu...Saman telah diserahkan kepada peguam Hanif hari ini."
"Ia berikutan kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Lim seperti dilaporkan artikel Sinar Harian bertajuk 'Tun Hanif buat pendedahan DAP, PAS' pada 6 September lalu," kata Ramkarpal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Ramkarpal memaklumkan pengurusan kes telah ditetapkan pada 21 November ini.- CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|