CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 9

Pening Kepala Tak Jumpa Buku Dicari Di Perpustakaan? Guna Cara Ini..

[Copy link]
Post time 18-10-2018 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto:
huffingtonpost.co.uk
<strike></strike>



Pernah tak pergi library atau perpustakaan semata-mata nak cari bahan bacaan yang korang nak baca atau pinjam, tapi tak jumpa? Atau pun tak tahu dekat rak mana dan aras berapa? Dalam library tu bukan ada 100 hingga 300 buah buku je, ada banyak, macam mana nak cari? Rasa buang masa je. Balik  pula dengan tangan kosong, membazir minyak kereta dengan terpaksa tempuh kesesakan jalan raya lagi..haihh..


Hahh, meh sini nak bagitau. Ada orang yang dah tau dan mungkin ada juga orang yang tak tau cara ni. Salah satu cara untuk pastikan yang bahan bacaan yang dicari tu memang confirm ada di library tu adalah dengan menggunakan OPAC (Online Public Access Catalog).


OPAC adalah satu pangkalan data dalam talian yang dikendalikan oleh perpustakaan untuk menyimpan semua maklumat tentang bahan dan koleksi yang terdapat di dalam sesebuah perpustakaan atau bahasa mudahnya dipanggil 'Online Catalog'. Penggunaan OPAC untuk memudahkan pengguna mencari bahan bacaan seperti buku, majalah, biografi, jurnal dan bahan-bahan lain hanya menggunakan peranti dan sambungan internet saja.


Contoh perpustakaan awam yang menyediakan online catalog ni ialah Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) , Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dan banyak lagi.  Jom tengok cara menggunakannya.


Contoh


1. Klik pada ikon WebOpac

<strike></strike>


Kredit foto: Official Website PERPUSTAM







2. Paparan yang akan keluar. Dekat sini, taip dan pilih bahan apa yang nak dicari. Boleh cari menggunakan tajuk, nama penulis, penerbit atau kalau dah tau sangat maklumat pasal buku tu, boleh pilih 'Any' di bahagian 'Access point', kemudian taip di 'Search text' dan klik 'search'.



Kredit foto:
Official Website PERPUSTAM






3. Ni hasil carian yang berkaitan dengan carian tadi. Klik pada tajuk bahan.




<strike></strike>

Kredit foto:
Official Website PERPUSTAM






4.
Maka, ini lah dia maklumat tentang buku yang dicari. Kotak bahagian atas tu menunjukkan maklumat tentang bahan tersebut seperti tajuk, penerbit, bilangan muka surat dan ISBN. Manakala, kotak bahagian bawah tu maklumat tentang lokasi, status, library classification number untuk dapatkan bahan atau koleksi tersebut.



Kredit foto:
Official Website PERPUSTAM





Sekarang dah tak perlu susah hati kalau tak jumpa bahan rujukan untuk buat assignment, presentation dan sebagainya. Harap dapat membantu 'Information seeker' kat luar sana. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler... Iols lama dah guna method ni. Dah jd method zmn dinasor
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 02:44 PM | Show all posts
Info menarik untuk yang belum tahu mengenainya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 04:42 PM | Show all posts
Jenuh dah ajar search book by OPAC dlm literacy class, tapi alih2 dia dtg ke meja kita jugak nak mintak call number buku. Sejenis suka disuap giteww
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa orentasi di U dulu wajib belajar benda ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zaman study dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan ada teknik baru nak cari buku..guna  Dewey decimal database app ka..Rupanya OPAC je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakonya.... Berzaman dah opac ni kat lebri hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
niena90: Jenuh dah ajar search book by OPAC dlm literacy class, tapi alih2 dia dtg ke meja kita jugak nak mintak call number buku. Sejenis suka disuap giteww : ...

Wahhh miss lebrian ehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Method lama.. Tp xingt dah... {:yameteh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.184369 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list