Kehidupan kita akan menjadi sunyi, hambar dan bosan tanpa rakan-rakan dan orang sekeliling. Untuk mewujudkan kegembiraan dan keceriaan antara satu sama lain, sekali sekala perlulah berhibur dalam bentuk hiburan yang dibenarkan. Salah satu cara yang sudah menjadi trend ialah membuat prank. Prank atau kejutan sering dilakukan ketika ingin meraikan sesuatu contohnya hari lahir atau sekadar untuk bergurau dengan teman-teman rapat.
Seorang pengguna twitter ini telah memuat naik status dan gambar rakannya yang cuba berlakon untuk membuat prank kepada seorang rakannya yang lain. Rakannya yang merupakan seorang lelaki itu telah menyamar menjadi seorang perempuan yang bertudung dan tidur disebelah rakan lelaki yang ingin dikenakan itu. Lucunya, lagak lelaki yang berpakaian seperti perempuan itu tidak ubah seperti perempuan tulen dan menarik perhatian ramai netizen yang melihat.
Amboi, seronok ke tidur sebelah 'perempuan' tu?
Tengah tunggu, bila nak bangun tidur ni?
Mati-mati ingatkan perempuan
Ramai netizen yang pada mulanya beranggapan ‘wanita’ didalam gambar itu seorang perempuan tulen dan tidak menyangka ia sebenarnya seorang lelaki. Jika status twitter lelaki ini tidak memberitahu dia sebenarnya sedang berlakon untuk membuat prank, pasti ramai yang akan mengatakan dia seorang perempuan dan akan menimbulkan salah faham. Netizen masing-masing terhibur!
Netizen wanita cemburu kenapa dia lagi cantik?
Kelakar juga apabila ramai netizen wanita yang cemburu dan berasa tergugat dengan kecantikan lelaki tersebut mengenakan tudung kepala. Netizen turut kagum kerana dia pandai memakai tudung bawal dengan begitu kemas. Maklumlah, tudung bawal agak leceh dipakai dan kaum wanita sendiri ada yang tidak mampu memakai tudung bawal dengan kemas dan terbentuk dengan elok di bahagian muka.
Agak-agaknya, apa yang terjadi kepada rakan lelaki yang cuba di ‘prank’ itu? Pasti terkejut apabila tiba-tiba melihat ada seorang perempuan yang sedang tidur disebelahnya dalam satu bilik. Apa-apa pun, tidak salah sekadar untuk bergurau dengan rakan-rakan tetapi janganlah pula terlalu melampau. Nanti lain pula jadinya. Asalnya ingin bergurau tetapi berakhir dengan perbalahan. Setuju tak? - CARI |