Penyakit kuning atau jaundis dalam kalangan bayi yang baru lahir boleh dikatakan agak tinggi peratusnya. Alternatifnya adalah rawatan lampu fototerapi iaitu mendedahkan bayi di bawah cahaya biru. Bagaimanapun untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan perlu menunggu giliran dan agak menyusahkan kerana ibu tidak dapat berada bersama dengan bayi sepanjang rawatan tersebut. Manakala di hospital swasta pula agak mahal kosnya.
Bagi mengatasi kekurangan alat tersebut, ada syarikat persendirian yang menawarkan khidmat ini. Tetapi sejauh manakah keberkesanan peralatan ini? Tidak berbahaya untuk bayikah?
 Kredit foto: Twitter
Pelbagai persoalan bermain di minda sesetengah netizen seperti adakah ia dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), prosedur pemantauan selama proses fototerapi tersebut dan ia sebenarnya berbahaya kerana membabitkan nyawa anak-anak.
 Kredit foto: Twitter
Namun ia dinafikan oleh wakil syarikat tersebut yang menyatakan mereka adalah satu-satunya pemberi perkhidmatan sewa fototerapi bertauliah di Malaysia selama 18 tahun. Setakat ini, tiada masalah kerana mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini memerlukan membawa bayi jaundis serta diberi taklimat terlebih dahulu.
Bagaimanapun, ia masih tidak memuaskan hati pengadu ini yang berpendapat hanya hospital sahaja yang berhak memberikan khidmat tersebut. Jika ia boleh dilakukan di rumah sekalipun, perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah, bukannya usahawan yang sekadar mengejar untung sahaja.
Menafikan tuduhan melulu ini, ramai netizen yang pernah menggunakan perkhidmatan ini tampil menjelaskan cerita sebenar. Menurutnya alternatif sebegini diambil kerana banyak faktor. Antaranya ialah caj hospital swasta yang mahal sementara jika bayi diletakkan di hospital kerajaan pula, agak sukar untuk menyusukan bayi disebabkan status wadnya yang sentiasa penuh.
Apa yang perlu dilakukan ialah buat kajian terlebih dahulu dalam mencari syarikat sah serta mendapatkan nasihat dari doktor sendiri.
 Kredit foto: Carian Internet
Kebanyakan yang mengambil perkhidmatan ini gembira kerana dalam tempoh tiga hari hingga seminggu, paras kuning menurun hingga catatan normal.
Jadi, tidak timbul masalah yang mengatakan ianya berbahaya kepada bayi atau pun ibu bapa yang hanya mementingkan diri semata-mata. Malahan ia lebih memudahkan kedua-dua pihak iaitu ibu dan anak itu sendiri.
 Kredit foto: Carian Internet
"Yang aku tak faham, tukang maki semua tu pernah kena ke bayi kuning? Ke acah caring tapi sebenarnya belum kahwin pun."
Mungkin kita rasa kita tahu semua benda lalu mahu menulis tentang sesuatu isu. Namun, sebenarnya banyak lagi perkara di luar sana yang kita tidak ketahui pun jika tidak bertanya dan membuat kajian sendiri. Justeru, sebelum mencarut, berfikir terlebih dahulu sebelum memalukan diri sendiri ya. - CARI
|